Sel darah putih (WBCs) berperanan melawan jangkitan melalui sel secara langsung atau penghasilan antibodi daripada protein. WBCs dibahagikan lagi kepada banyak jenis sel dan bacaan sel tertentu akan meningkat semasa jangkitan. Bagi pesakit HIV/AIDS, bilangan sel yang dinamakan sel CD4 berkurang menyebabkan pesakit mudah diserang jangkitan.
Platelet berfungsi membentuk darah beku ketika berlaku pendarahan untuk mengurangkan kuantiti darah yang hilang. Kekurangan pada bilangan platlet boleh menyebabkan pendarahan tidak berhenti.
Plasma yang merangkumi 55% apa dalam darah ialah cecair lutsinar mengandungi pelbagai komponen termasuk protein, enzim, nutrien, sisa produk, hormon, dan gas. Setiap satu dari komponen ini mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan ekosistem badan berjalan dengan seimbang.
Lihat betapa banyak peranan penting yang dimainkan oleh cecair ini. Oleh sebab itulah ia sangat penting dan diperlukan oleh ramai individu di luar sana.
Masyarakat memerlukan darah anda
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen