backup og meta

Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Pap Smear

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/09/2022

    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Pap Smear

    Ujian pap smear untuk apa?

    Ujian pap semar untuk apa? Pap Smear ialah sejenis ujian saringan yang dijalankan bagi kanser serviks. Seperti ujian saringan yang lain, ia bertujuan mengesan penyakit kanser serviks dengan awal agar rawatan dapat diberikan dengan lebih efektif.

    Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara, kanser serviks adalah antara 10 kanser paling kerap di Malaysia dengan kedudukan ke-7.

    Dengan mengesannya pada tahap awal, banyak nyawa akan dapat diselamatkan.

    Bagaimana Pap Smear dijalankan?

    Sekviks atau pangkal rahim terletak di antara rahim dan faraj (vagina).

    ujian pap smear untuk apa

    Spekulum dimasukkan ke dalam faraj untuk membuka faraj supaya serviks lebih mudah diakses. Kemudian, sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks. Sel tersebut seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan.

    Ujian ini tidak mengambil masa yang lama, sekitar 5 minit sahaja dan tidak menyakitkan. Mungkin hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan.

    Anda haruslah tidak melakukan hubungan seksual 24 jam sebelum ujian. Elakkan juga penggunaan gel spermisid sehari sebelum ujian.

    Keputusan ujian selalunya mengambil masa selama beberapa minggu.

    Ujian pap smear untuk apa: Siapa yang perlu jalani?

    Ujian pap semar untuk apa? Ia digalakkan ke atas semua wanita yang pernah menjalani hubungan seks dan berumur antara 20 dan 65 tahun.

    Risiko mendapat kanser serviks meningkat jika anda:

    • Menghidap HIV.
    • Sistem imun lemah disebabkan kemoterapi atau pemindahan organ.

    Ia dijalankan setiap 3 tahun sekali. Jika keputusan adalah normal sehingga umur 65 tahun, anda boleh berhenti menjalaninya.

    Apakah maksud keputusan ujian Pap Smear?

    Sama ada dua, iaitu normal atau abnormal.

    Keputusan normal bermakna tiada sel abnormal yang dikesan. Ia kadangkala disebut sebagai negatif. Keputusan normal bermakna anda hanya perlu menjalani ujian seterusnya selepas 3 tahun.

    Bagi keputusan abnormal pula, ia tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser.

    Ia hanya bermakna terdapat sel abnormal pada serviks anda dan ada kemungkinan kanser. Sel abnormal tersebut mungkin salah satu daripada berikut:

    • Atipikal.
    • Ringan.
    • Sederhana.
    • Displasia teruk.
    • Karsinoma in situ.

    Bergantung kepada keputusan anda, doktor mungkin akan meminta ujian dilakukan dengan lebih kerap, atau menjalankan prosedur kolposkopi. Prosedur ini membolehkan doktor melihat serviks anda dengan lebih dekat, atau biopsi mungkin dilakukan.

    Ujian ini sangat tepat. Ia mengurangkan kadar kanser serviks sebanyak 80 peratus.

    Ujian pap smear untuk apa: Jalani sekarang!

    Jika anda seorang wanita, atau mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang harus menjalani ujian ini, sila dapatkan di klinik kesihatan awam secara percuma atau di klinik-klinik swasta.

    Anda hanya perlu melabur sedikit masa dan wang untuk mencegah penyakit kanser serviks yang boleh membawa maut jika lambat dirawat. Perubahan yang kecil mampu memberikan kesan yang besar.

    Kini anda telah tahu ujian pap smear untuk apa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan