Jika Anda Kena Warded, Apa Persiapan Untuk Bermalam Di Hospital?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kalau check in hotel, boleh dikatakan segala keperluan asas sudah tersedia, tetapi bagaimana pula kalau check in hospital? Boleh melenggang kangkung ‘aje’ ke? Atau banyak barang yang perlu dibawa macam nak balik kampung? Kalau ingin tahu, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Masuk hospital bagaikan melancong

Atas sebab masalah kesihatan, anda mengetahui bahawa anda perlu bermalam di hospital. Tetapi anda keliru tentang persiapan yang perlu dibuat. Kalau pergi bercuti, tahulah ‘jugak’ barang apa nak dibawa. 

Menurut seorang doktor pembedahan di Hospital Benenden yang terletak di Kent, Dr Zoe Andrews, “Warded adalah seperti melawat negara lain. Ini kerana ia melibatkan rutin baru dan persekitaran asing. Malahan penggunaan bahasa juga berlainan daripada kebiasaan. Jadi ia sama seperti melancong, ia memerlukan perancangan.”

Bermula dengan pakaian

Anda mungkin berasakan memilih untuk memakai pijama pada waktu malam adalah yang terbaik. Tetapi bagi pakar pediatrik di BMI The Chiltern Hospital di Buckinghamshire, Dr Ian Currie berkata, pakaian terbaik untuk dipakai pada waktu malam adalah pakaian yang selesa seperti t-shirt dan seluar joging. Malahan pakaian seperti itu dapat mempercepatkan pemulihan anda sepanjang hari.

“Kebanyakan individu memilih untuk memakai pakaian sendiri berbanding pakaian hospital kerana ia hanya akan mengingatkan mereka tentang masalah kesihatan yang dialami dan cenderung melambatkan pemulihan,” jelas Currie.

Keperluan lain

Bagaimana dengan keperluan lain yang perlu di-packing? Kalau ‘nak’ tahu, teruskan pembacaan anda.

  1. Muzik

Rasa bimbang cenderung untuk meningkatkan tahap hormon stres dalam badan. Jadi mendengar muzik boleh membantu proses pemulihan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Pennsylvania di Amerika Syarikat menyatakan, muzik boleh membantu mengurangkan tahap kebimbangan (anxiety) pesakit seperti pengambilan midozolam, sejenis ubat penenang biasa. 

Jadi jika anda ingin mendengar muzik ketika warded pastikan anda membawa fon telinga atau fon kepala. Ini penting untuk mengelakkan gangguan kepada pesakit lain. 

  1. Botol air

Penghidratan adalah penting untuk segera pulih, ini kerana ia dapat mengekalkan fungsi badan pada tahap optimum. Jadi membawa botol air sendiri sudah tentu dapat memantau tahap pengambilan air seharian anda. 

  1. Tuala penyegar

Suhu persekitaran adakalanya boleh menduga kesabaran. Ini terutama jika cuaca panas. Jadi mempunyai tuala yang boleh dibasahkan pastinya dapat membantu menyegarkan diri anda.

  1. Teh dan gula-gula

Bagi mereka yang menjalani kemoterapi, kecenderungan untuk mual dan loya adalah tinggi. Jadi mengambil minuman teh halia pastinya dapat menghilangkan rasa tersebut. Manakala gula-gula dapat membantu menghilangkan rasa tidak sedap dalam mulut. Tetapi jangan ambil secara berlebihan pula.

  1. Snek protein

Menurut pakar bedah urologi di Universiti Hospital Birmingham NHS Foundation Trust dan BMI The Priory Hospital Birmingham, Dr Rich Viney, “Protein dapat membantu mempercepatkan pemulihan tisu yang rosak, dan serat dapat mencegah sembelit. Tetapi pastikan anda menyemak dengan doktor perubatan terlebih dahulu.”

  1. Topeng tidur

Lampu di hospital ada masanya boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur. Jadi penggunaan topeng tidur (sleep mask) pastinya dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih baik. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu proses penyembuhan anda.

Persediaan 

Jadi anda sudah tahu persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke hospital, bukan? Sebaiknya lakukan persiapan lebih awal, ini kerana ia dapat mengelakkan anda daripada menjadi kelam kabut jika melakukan persediaan pada saat akhir. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: