Anda Stres Kerja Atau Ketika Memandu? Kajian Suruh Anda Dengar Lagu Adele!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Apakah kaitan lagu Adele dengan penghilang stres?

But I set fire to the rain

Watched it pour as I touched your face

Well, it burned while I cried

‘Cause I heard it screaming Out your name,

Your name

Analisis kajian 

Para saintis menyarankan pemandu untuk mendengar lagu Adele semasa memandu di jalan raya yang sesak dan sibuk. Ini kerana mereka mendapati lagu dengan bunyi piano nyanyian penyanyi tersebut boleh mengurangkan tekanan dan membantu mengekalkan kesihatan jantung. Seriously? 

Penyelidikan kecil melibatkan lima pemandu wanita muda ini dilakukan oleh dua saintis dari dua universiti di São Paulo, Brazil, dengan kerjasama Oxford Brookes University dan University of Parma di Itali, adalah bertujuan untuk menghindari risiko berlakunya kemalangan di Marilia, Brazil.

Setiap wanita terbabit diminta untuk memandu pada laluan 3 kilometer (KM) pada jalan yang sibuk sekitar bandar menggunakan kenderaan yang disediakan oleh penyelidikan dalam tempoh 20 minit. 

Ketika kajian, mereka diminta memandu dalam suasana senyap dan kemudian mereka diperdengarkan dengan dendangan muzik. Kadar denyutan jantung mereka diukur sepanjang tempoh pemanduan. 

Antara senarai lagu yang dimainkan adalah seperti Exile oleh Enya, alunan muzik Amazing Grace oleh pemain muzik Christian, Chris Tomlin dan lagu meditasi yang dinamakan Electra oleh  Airstream.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Complementary Therapies in Medicine mendapati pemandu yang mendengar Enya dan lagu Adele versi instrumental dikatakan boleh membantu memberikan ketenangan ketika pemanduan.

Lagu Adele kurangkan stres

lagu Adele

Lagu versi piano Someone Like You dan Hello turut termasuk dalam senarai lagu yang direka untuk memberikan ketenangan kepada pemandu yang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. 

Menurut salah seorang penyelidik, Profesor Vitor Valenti, “Kami mendapati tekanan jantung dalam responden dapat dikurangkan apabila diperdengarkan dengan muzik ketika mereka memandu.”

Para penyelidik menekankan bahawa tekanan ketika memandu adalah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit berkaitan jantung, kegagalan fungsi jantung, demensia atau strok. 

Muzik yang dimainkan dapat mengurangkan kadar turun naik degupan jantung mereka dari masa ke masa, sekali gus keadaan ini membantu mengelakkan kecenderungan risiko menghadapi masalah kesihatan yang serius.

Secara umumnya, muzik telah dikenal pasti sebagai medium yang dapat mempengaruhi irama gelombang otak dan mengawal aktiviti dalam sistem saraf. Keadaan ini secara tidak langsung membantu menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung. 

Kesimpulan 

Jadi kalau tersangkut dalam kesesakan jalan raya, adakah anda tahu apa yang perlu anda buat? Yes! Dengar lagu versi instrumental nyanyian Adele. Tak salah mencuba, bukan? Mungkin anda akan lebih bertenang dan mengurangkan kemarahan walaupun berdepan dengan kesesakan lalu lintas. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

    Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/04/2020 . 3 minit bacaan

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan? Tidak mengapa, terdapat 7 cara mengatasi kegelisahan yang anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Akibat PKP, Anak Bini Jadi Mangsa! Sila Ambil Peduli

    Tempoh PKP sememangnya menyebabkan stres. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh melempiaskan tekanan kepada anak dan isteri sehingga berlaku kes penderaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ibu mengandung

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan emosi

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    punca stres

    Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020 . 4 minit bacaan
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan