Ladies, Mulai Hari Ini Amalkan Duduk Dengan Gaya Lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan

Pakar ortopedik menyarankan untuk wanita duduk dengan gaya lelaki bagi mengelakkan kesakitan pada bahagian lutut dan pinggul. Bagaimana pula gaya duduk boleh menyebabkan kesakitan?

Gaya lelaki vs gaya wanita

Wanita yang duduk sambil menyilangkan kaki, memang tampak sopan. Tetapi duduk dengan gaya itu untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan kaki kebas serta kesakitan pada bahagian lutut dan pinggul. 

Menurut seorang pengamal perubatan di Austin, Texas, Dr Barbara Bergin, setiap tahun beliau telah melihat ribuan pesakit yang berlawan dengan kesakitan melibatkan bahagian bawah lutut dan pinggul mereka. 90 peratus daripada pesakit itu adalah wanita. 

Dr Barbara percaya faktor pemacu utama adalah kerana wanita telah dilatih untuk duduk dengan gaya kewanitaan. Di mana lutut dirapatkan yang mengakibatkan wujudnya ketegangan pada sendi dan otot sokongan pada bahagian kaki. 

Berbeza dengan individu lelaki, gaya duduk mereka adalah lebih kepada mewujudkan keluasan antara paha dan kaki mereka berpijak dengan rata pada tanah, atau istilah lain disebut sebagai ‘manspreading’. Keadaan ini sekali gus memberikan badan mereka menjadi lebih stabil dan sejajar di atas kedua-dua kaki, berbanding hanya bergantung pada sebelah kaki. 

Bergantung kepada keadaan

Dr Barbara juga menyatakan bahawa kedudukan gaya lelaki sama ada ketika duduk mahupun berdiri adalah lebih baik berbanding gaya wanita. Ini kerana gaya lelaki membuatkan pelvis dapat memutarkan tulang femur ke dalam secara semula jadi. 

“Saya tidak mencadangkan individu wanita untuk duduk S.L.A.M (sit like a man) sentiasa. Ini kerana sudah tentu dalam keadaan tertentu, anda perlu memastikan kaki tertutup terutama apabila memakai skirt dan berada di hadapan lelaki. Ia adalah ciri kewanitaan,” ujar Dr Barbara.

Walau bagaimanapun, Dr Barbara mencadangkan agar 90 peratus daripada waktu duduk anda adalah dengan gaya lelaki. Ia tidak mendatangkan masalah, malahan ia memberikan manfaat kepada kesihatan.

Kesakitan kronik 

Ini kerana sama ada kaki mencecah tanah atau tidak, keadaan lutut yang rapat memberikan tekanan yang tidak wajar kepada dua tendon utama yang mendasari kesakitan kronik, iliotibial band syndrome (IT).

Sebelum ini sindrom ini dianggap disebabkan oleh geseran oleh IT, yang bergerak ke depan dan belakang (anterior dan posteriorly) ke atas epicondyle femoral lateral (LFE) semasa berjalan. 

Walau bagaimanapun, dalam kajian lain menunjukkan sindrom IT ini berpunca oleh LFE yang terikat pada ligamen epicondylo-patellar dan patellar retinaculum. Ia tidak melakukan sebarang pergerakan ketara pada sagittal plane, geseran atau menjadi punca kepada kesakitan. 

Cara terbaik untuk mengatasi masalah kesakitan ini adalah dengan menghindari daripada duduk. Alamak! Takkan seharian tidak boleh duduk? Bertenang. Jika anda perlu untuk duduk, disarankan untuk duduk dengan tapak kaki berada dalam kedudukan rata di tanah. Bukakan kaki anda pada kedudukan jam 11 dan 1, serta lutut berada pada paras atau bawah pinggang. Gaya duduk ini membolehkan band IT untuk meregang.

Kesimpulan 

Umumnya, wanita dilabelkan sebagai individu yang sopan. Namun itu tidak bermakna anda perlu menyeksa diri dan mendedahkan diri kepada kesakitan yang kronik. Anda masih boleh duduk dengan sopan walaupun dengan gaya lelaki, dengan tidak perlu mengangkang secara berlebihan. Jom ubah gaya duduk mulai hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tandas Duduk atau Mencangkung: Mana Lebih Baik?

    Terdapat dua postur badan sewaktu membuang air, sama ada duduk atau mencangkung. Tahukah anda yang mana satu sebenarnya lebih baik untuk kesihatan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/12/2018 . 3 minit bacaan

    Sakit Lutut? Cuba Tip Ini

    Sakit lutut adalah hal yang sangat kerap berlaku, baik dalam kalangan orang tua, mahupun orang muda. Sendi ini adalah antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan. Namun, ia tidak terlepas daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/06/2018 . 2 minit bacaan

    Glukosamina Sulfat

    KegunaanApakah kegunaan Glukosamina Sulfat? Glukosamina Sulfat biasanya digunakan untuk: Osteoartritis, artritis reumatoid, glaukoma, gangguan rahang yang dipanggil gangguan temporomandibular (TMD), sakit sendi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 18/05/2018 . 3 minit bacaan

    Ankylosing Spondylitis

    Kenali apa itu Ankylosing Spondylitis. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/04/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    19-perkara-sebelum-melatih-bayi-duduk

    Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 minit bacaan
    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
    usus

    Usus Sihat daripada Pilihan Pemakanan yang Baik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 27/03/2019 . 8 minit bacaan

    Penyakit Osgood-Schlatter: Risiko Terhadap Kanak-kanak yang Bersukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 2 minit bacaan