backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Obses Nak Zakar Lebih Besar, Akhirnya Padah Menimpa Apabila Alat Sulit Mati Terus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/05/2021

    Obses Nak Zakar Lebih Besar, Akhirnya Padah Menimpa Apabila Alat Sulit Mati Terus!

    Keinginan untuk memiliki zakar yang besar telah mendorong ramai individu mencuba pelbagai cara membesarkan zakar. Ada cara membesarkan kemaluan atau zakar yang sebenarnya kedengaran sangat mengarut!

    Penggunaan pelbagai kaedah yang belum tentu berkesan ini adalah disebabkan oleh tawaran atau janji manis penggunaannya yang konon akan membuatkan saiz alat sulit bersaiz terung, tahan lama sampai subuh dan pelbagai ayat-ayat manis lain.

    Tahukah anda, kaedah-kaedah merepek ini sebenarnya merisikokan alat sulit anda untuk menjadi sebaliknya?

    Mungkin sebelum ini anda tidak begitu peduli, tetapi baca artikel kami ini sebagai pengajaran untuk anda agar berfikir panjang sebelum ‘membesarkan’ alat sulit anda.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Lelaki di sini.

    Cara membesarkan kemaluan yang salah punca zakar lelaki ini ‘mati’

    cara membesarkan kemaluan

    Seorang lelaki telah pergi ke bahagian kecemasan hospital dan mengadu bahawa dia berasa tidak sihat dan mempunyai kegatalan pada bahagian kemaluannya selama lima hari.

    Tahukah anda apa yang terjadi?

    Kemaluannya telah menjadi gangren atau ‘mati’ disebabkan aliran darah yang tidak melalui bahagian kemaluannya.

    Doktor mendedahkan bahawa, lelaki tersebut mengakui bahawa dia pernah menyuntik masuk jeli petroleum iaitu Vaseline ke dalam kemaluan dua tahun yang lalu untuk besarkan zakar!

    Doktor mendapati batang zakarnya menjadi agak cacat disebabkan oleh gangren tersebut, selain daging zakar yang membusuk dan dipenuhi nanah.

    Dia telah dibawa untuk pembedahan kecemasan dan melalui dua pembedahan tambahan untuk menyelamatkan kemaluannya itu.

    Dia telah dibawa ke Unit Rawatan Rapi selepas pembedahan selesai dan pulang ke rumah dalam tempoh sebulan setelah menjalani sesi skin graft atau cantuman kulit yang sihat pada bahagian zakarnya.

    Bahan lain besarkan zakar

    cara membesarkan kemaluan

    Menurut Dr Amer Amin yang berkhidmat di Hospital St Vincent, Sydney, suntikan sendiri pada zakar dilakukan oleh ramai individu untuk meningkatkan saiznya dan telah dilaporkan akan menyebabkan kesakitan tersembunyi, ulser dan gangren Fournier.

    Menurut beliau lagi, bahan-bahan lain yang turut biasa digunakan untuk besarkan kemaluan selain jeli petroleum adalah minyak mineral, nandrolone decanoate (androgenik dan steroid anabolik) dan lilin (wax).

    Dr Amer turut menyatakan, sebab yang paling utama terjadinya gangren dan jangkitan ini adalah disebabkan kemasukan bahan atau bendasing ke dalam zakar.

    Terdapat juga beberapa kajian perubatan dimana pakar mendedahkan bahawa, terdapat sekumpulan lelaki Thailand yang mendapat komplikasi kesihatan selepas menggunakan kaedah pembesaran zakar yang aneh.

    Selepas 36 bulan, kumpulan lelaki Thailand ini mengalami kesakitan, pembengkakan dan ulser pada zakar mereka.

    Berfikir sejenak, adakah anda rasa berbaloi menggunakan bahan-bahan atau kaedah yang tidak terbukti berkesan untuk besarkan saiz kemaluan anda?

    Mungkin ia berkesan pada peringkat awal, tapi setelah beberapa tempoh masa, anda akan mendapat ‘hasil’ sebenar dan bonus penggunaannya yang mungkin anda tidak gemar. Sayangilah ‘terung’ anda untuk penggunaan jangka masa panjang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan