backup og meta

Adakah Berat Badan Diri Sendiri Boleh Jadi Punca Kepada Anda Sakit Sendi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 16/01/2024

    Adakah Berat Badan Diri Sendiri Boleh Jadi Punca Kepada Anda Sakit Sendi?

    Masalah berat badan berlebihan dan obesiti memang diketahui menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah sakit sendi.

    Risiko penyakit jantung, strok dan kencing manis meningkat dengan peningkatan BMI.

    Tetapi sakit sendi yang kerap anda alami juga mungkin terkait dengan jisim badan anda, dan lebih mengejutkan lagi, masalah ini bukan khusus kepada sendi yang menampung berat sahaja.

    Bagaimana berat badan akan jejas sendi?

    Sendi kita memainkan peranan penting dalam membolehkan pergerakan badan dalam pelbagai arah!

    Pernahkah anda tertanya-tanya berapa berat yang ditampung sendi anda pada setiap gerakan tubuh yang anda ambil?

    Apabila berjalan di aras tanah, daya pada lutut anda dikatakan bersamaan dengan 1 setengah ganda daripada berat badan anda.

    Ini bermakna seorang lelaki dengan berat 80 kg akan memberi tekanan sebanyak 120 kg pada lututnya dengan setiap langkah.

    sakit sendi

    Sewaktu mendaki, tekanan yang berlaku pada sendi menjadi lebih besar.

    Daya pada setiap lutut adalah 2 hingga 3 kali ganda daripada berat badan anda semasa anda mendaki dan menuruni tangga.

    Sementara ketika anda tunduk untuk mengikat tali kasut atau mengambil  barang yang jatuh, daya yang dikenakan adalah sebanyak 4 hingga 5 kali ganda berat badan anda!

    Memandangkan banyak tekanan yang dikenakan pada sendi anda, peningkatan risiko osteoartritis dalam individu yang berlebihan berat badan atau gemuk sering kali dilihat kerana tekanan beban pada sendi yang menampung berat.

    Walau bagaimanapun, kesan utama berat badan pada masalah sakit sendi bukanlah disebabkan beban fizikal.

    Kajian lanjut kini menekankan bagaimana keradangan, bukannya beban fizikal didapati menjadi penyebab utama artritis kerap berlaku dalam kalangan orang yang berlebihan jisim badan.

    Obesiti dan Artritis…

    Kerana osteoartritis berlaku pada sendi yang menampung berat dan yang tidak menampung berat, keradangan menyeluruh memberikan penjelasan yang lebih baik tentang bagaimana berat badan berlebihan menyumbang kepada masalah artritis.

    Ini juga menjelaskan mengapa berat badan berlebihan juga menyumbang kepada artritis reumatoid, gangguan autoimun yang menyebabkan keradangan dalam badan dan menyebabkan kesakitan sendi.

    sakit sendi

    Bahan kimia keradangan dalam lemak didapati memberi kesan kepada sistem muskuloskeletal dan kardiovaskular.

    Ini termasuklah adipokin, yang dirembeskan oleh sel-sel lemak dan menggalakkan keradangan.

    Faktor keradangan yang dikaitkan dengan kenaikan berat badan turut menjelaskan mengapa sendi lain yang tidak menampung berat badan seperti sendi tangan turut terjejas dengan artritis.

    Melegakan sakit sendi dengan menurunkan berat badan!

    Mengurangkan beberapa kilogram dalam berat badan anda dapat mengurangkan tekanan pada sendi dan melindungi anda daripada keradangan.

    Kajian menunjukkan bahawa penurunan berat badan antara 10 hingga 15 paun (4.5-7 kg) dalam kalangan remaja obes boleh mengurangkan risiko osteoartritis di kemudian hari.

    Tetapi meningkatkan aktiviti fizikal mungkin mencabar terutamanya jika anda sedang mengalami sakit sendi.

    Memperbanyakkan senaman semata-mata juga tidak cukup untuk membantu anda menurunkan jisim badan anda.

    Oleh itu, mulakan dengan senaman ringan dan belajar untuk menguruskan pengambilan kalori anda untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan