Ada Apa Dengan Tidur (1)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 03/09/2018

Kita menghabiskan banyak masa untuk tidur iaitu sekitar 1 per 3 daripada hidup (6 jam sehari). Namun, tidak ramai yang tahu mengenainya. Banyak masalah kesihatan yang terkait dengan kualiti tidur. Walaupun nampak mudah sekadar menutupkan mata, ia sebenarnya merupakan satu proses fisiologi yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan.

Kemajuan teknologi perubatan membolehkan kita memahami fisiologi tidur. Alatan utama yang menyumbang kepada perkembangan bidang ini adalah electroencephalogram (EEG).

Kitaran tidur

Terdapat 2 kitaran:

  1. Bukan Pergerakan Mata Laju atau Non-Rapid Eye Movement (NREM).
  2. Pergerakan Mata Laju atau Rapid Eye Movement (REM).

Kitaran NREM mempunyai 4 peringkat bermula daripada peringkat 1, diikuti dengan 2, 3 dan 4. Kemudian, berpindah kepada kitaran REM. Walau bagaimanapun, seseorang tidak kekal dalam kitaran REM dalam baki waktu tidur. Sebaliknya akan bertukar antara NREM dan REM di sepanjang malam.

NREM merangkumi 75% hingga 80% daripada keseluruhan waktu tidur, manakala REM merangkumi baki 20% hingga 25%. Semasa kitaran REM, mata akan bergerak laju ke arah yang berbeza. Hal yang sama tidak berlaku dalam kitaran NREM.

Apa yang berlaku semasa NREM?

Seperti yang disebutkan di atas, kitaran ini mempunyai 4 peringkat dan ia adalah permulaan kepada kitaran tidur sebelum masuk kepada REM.

Peringkat 1: Peringkat ini adalah transisi antara kitaran tidur kecuali bagi bayi dan penghidap narkolepsi di mana kitaran bermula dengan REM. Anda paling mudah terjaga semasa peringkat ini. Ia berlaku selama 1 hingga 7 minit.

Peringkat 2: Anda lebih susah dikejutkan berbanding di peringkat 1. Kadar degupan jantung mula perlahan dan suhu badan menurun. Tubuh sedang bersedia untuk memasuki tidur yang dalam. Peringkat ini berlangsung selama 10 hingga 25 minit.

Peringkat 3 dan 4: Ini adalah fasa tidur yang dalam dan susah untuk dikejutkan. Jika terbangun pada waktu ini, anda akan berasa bingung dan keliru. Peringkat 3 selama hanya beberapa minit manakala peringkat 4 boleh berlaku selama 20 hingga 40 minit. Semasa peringkat ini, tubuh akan memperbaiki tisu, membina otot dan tulang serta menguatkan sistem ketahanan badan.

Semakin berumur, tempoh tidur dalam anda semakin berkurang. Ia juga membuatkan tempoh tidur secara am berkurang meskipun masih memerlukan tempoh yang lama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sambung baca: 

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suara Serak Lepas Bangun Tidur? Jaga-Jaga Ia Mungkin Tanda 5 Penyakit Ini!

    Anda perasan tak, setiap kali anda bangun tidur pasti suara anda akan berubah serak. Tahukah anda apakah yang menyebabkan suara serak ini terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    6 Manfaat Tidur Bogel Yang Anda MESTI Tahu & Buat!

    Anda pernah tidur tanpa pakaian? Jika ya, anda melakukan benda yang betul. Ini kerana terdapat banyak manfaat tidur tanpa seurat benang terhadap kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Hipnosis Bukan Macam Dalam Movie, Sebenarnya TAK ADA Pun Babak Hayun Jam Poket Depan Mata!

    Adegan menghayunkan jam poket di hadapan seseorang individu sering ditayangkan sebagai satu cara hipnosis. Adakah benar hipnosis dilakukan sebegitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    tidur

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    waktu pagi

    Sering Rasa Moody Selepas Bangun Tidur? Elak Lakukan 7 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/04/2020
    kurang tidur

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020