7 Tip Untuk Wanita yang Mempunyai Diabetes Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Sekiranya seorang wanita mempunyai diabetes mengawal paras gula dalam darahnya sebelum dan semasa hamil, beliau boleh mengurangkan risiko mengalami kecacatan kelahiran. Mengawal gula dalam darah juga mengurangkan peluang untuk meningkatkan kesan sampingan diabetes. Jika tidak, masalah akan bertambah buruk semasa beliau hamil.

Di sini terdapat 7 tips untuk wanita yang menghidap diabetes untuk membantu mencegah masalah-masalah sebelum dan semasa kehamilan:

1. Merancang untuk hamil

Sebelum hamil, dapatkan nasihat daripada ahli profesional perubatan. Doktor perlu melihat kesan sedia ada diabetes di dalam badan anda. Kemudiannya doktor akan berbincang dengan anda tentang pengawalan gula dalam darah anda semasa tempoh kehamilan, menukar ubatan jika perlu, dan merancang untuk pemantauan susulan yang lebih kerap. Jika anda berlebihan berat badan, doktor mungkin mencadangkan penurunan berat badan sebelum kehamilan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengekalkan paras gula darah anda.

2. Jumpa doktor lebih awal dan kerap

Semasa tempoh kehamilan, seorang wanita yang mempunyai diabetes perlu berjumpa doktor dengan lebih kerap. Anda dan seseorang profesional perubatan boleh bekerjasama untuk mencegah dan menemukan sebarang masalah diperingkat awal.

3. Makan makanan yang sihat

Diet yang sihat sentiasa disyorkan untuk semua orang, terutamanya bagi pesakit diabetes. Seorang pakar pemakanan boleh membantu anda membuat rancangan pemakanan yang sihat dan menunjukkan kepada anda cara mengawal gula dalam darah semasa kehamilan anda.

4. Bersenam dengan kerap

Aktiviti fizikal adalah cara lain untuk mengawal gula dalam darah, kerana ia membantu mengimbangi pengambilan makanan anda. Doktor akan menggalakkan anda bersenam secara tetap sebelum, semasa, dan selepas hamil. Cuba untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk senaman intensiti sederhana. Ini termasuklah berjalan pantas, berenang, atau aktif bermain dengan kanak-kanak.

5. Mengambil pil dan insulin seperti yang diarahkan

Ingatlah untuk mengambil pil diabetes atau insulin yang ditetapkan oleh doktor untuk mengawal tahap gula dalam darah anda.

6. Kawal dan rawat gula dalam darah dengan cepat

Mengekalkan gula dalam darah secara terkawal boleh menyebabkan kemungkinan gula dalam darah berada pada tahap yang rendah. Jika anda mengambil pil diabetes atau insulin, disyorkan untuk anda mempunyai sumber gula yang cepat, seperti gula-gula, tablet glukosa atau gel sepanjang masa. Ia juga akan membantu saudara-mara, rakan-rakan atau rakan sekerja rapat anda sekiranya terjadi tindak balas gula dalam darah yang rendah secara serius.

7. Pantau gula dalam darah dengan kerap

Oleh kerana kehamilan membawa kepada keperluan tubuh untuk tenaga untuk penyesuaian diri, paras gula dalam darah dapat berubah dengan cepat. Oleh itu, anda perlu menyemak gula darah anda dengan kerap. Ia juga penting untuk mengetahui cara penyesuaian diet, pengambilan makanan, aktiviti fizikal, insulin dan ubat diabetes yang lain, bergantung kepada keputusan gula dalam darah anda.

Kehamilan adalah sesuatu yang penuh dengan cabaran, dan lebih sukar jika anda mempunyai diabetes jenis 1 atau jenis 2. Sebelum menjadi seorang ibu, pertimbangkan 7 tip di atas yang mungkin membantu anda menguruskan diabetes dan mempunyai kehamilan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Bukan mudah untuk mereka yang menghidapi PCOS untuk hamil. Terdapat beberapa langkah penting yang perlu dipatuhi sebagai persediaan awal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan