backup og meta

5 Tips Menjadi Pemaaf

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    5 Tips Menjadi Pemaaf

    Adakah anda pernah berasa seperti seseorang telah melakukan sesuatu yang begitu dahsyat terhadap anda sehingga merasa mustahil untuk memaafkan mereka? Jika itu berlaku, artikel di bawah akan membimbing anda tentang bagaimana untuk melepaskan kemarahan yang anda pendam.

    1. Amalan empati dan belas kasihan

    Seperti segalanya di dunia, anda boleh belajar bagaimana untuk empati (menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) dan belas kasihan terhadap orang lain. Sebaik sahaja anda mampu melayan orang lain sama seperti anda mahu dilayan, jadi anda sudah separuh jalan. Sebagai contoh, jika anda terjumpa seseorang yang bergelut di khalayak ramai, cuba yang terbaik untuk membantu mereka. Atau, jika anda melihat seseorang menghadapi hari yang buruk, senyuman dan bertanya khabar. Matlamat anda adalah untuk memberi kesan kepada orang secara positif dengan perbuatan baik anda. Di samping itu, anda boleh mengamalkan empati dengan menjaga orang di luar lingkaran sosial anda. Sesetengah kisah kehidupan akan meluaskan pandangan dunia anda dan membantu anda menjadi lebih memahani orang lain.

    2. Letakkan diri anda di tempat mereka

    Kadang-kadang, rasa takut, rasa tidak yakin, dan ketidakupayaan untuk berkomunikasi mendatangkan keburukan. Mereka boleh menyakiti anda, walaupun mereka orang yang anda paling suka dan dihormati. Yang tidak menerima tingkahlaku mereka, tetapi perasaa mendorong banyak tingkah laku yang menyakitkan, atau dalam erti kata lain, perasaan adalah apa yang menyumbang kepada keinginan mereka untuk menyakiti anda. Oleh itu, daripada kembali kepada mereka dengan kata-kata yang sama menyakitkan, cuba letakkan diri anda di tempat mereka. Berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku, atau mengapa mereka bertindak dengan cara yang mereka lakukan. Sebaik sahaja anda memahami keadaan mereka, maka ia akan memberikan anda beberapa sebab untuk memaafkan mereka.

    3. Melibatkan diri dalam aktiviti menyeronokkan

    Daripada memikirkan tentang apa yang berlaku, atau kata-kata dan tindakan yang orang lain lakukan untuk menyakiti anda, mengapa tidak melibatkan diri dalam sesuatu yang menyeronokkan dan produktif? Apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan, otak anda mendapat peluang untuk berehat dan lari dari kebencian atau kesedihan yang anda hadapi. Selepas kosongkan kepala, anda akan mempunyai pandangan yang lebih jelas mengenai keadaan dan apa yang perlu anda lakukan untuk memaafkan seseorang.

    4. Dapatkan ahli terapi

    Jika memaafkan seseorang kelihatan begitu sukar ia adalah mustahil untuk anda lakukan, dan ia juga memberi kesan kepada kehidupan anda dengan cara yang negatif. Anda perlu memilih untuk bercakap dengan ahli terapi dan bukannya untuk menanganinya seorang diri. Seorang kaunselor profesional atau ahli terapi akan membimbing anda tentang bagaimana untuk meletakkan jauh perasaan negatif serta memaafkan orang.

    5. Memaafkan dan menerima diri anda

    Pergelutan yang berlaku di antara anda dan orang lain boleh membuat anda merasa buruk dan juga bersalah kerana tidak menjaga diri. Kadang-kadang, anda mungkin menyalahkan diri sendiri tidak adil atas apa yang berlaku. Daripada cuba untuk menghapuskan perasaan itu, anda boleh belajar bagaimana untuk menanganinya dengan mengambil bahagian dalam terapi tingkah laku kognitif di mana mereka akan mengajar anda bagaimana untuk berfikir secara positif mengenai diri anda.

    Memaafkan seseorang memerlukan keberanian, kasih sayang, dan belas kasihan. Oleh itu, jika anda tidak boleh menanganinya sendiri, kaedah terbaik adalah mendapatkan bantuan profesional.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan