backup og meta

5 Tip Meneruskan Penyusuan ASI bagi Ibu Berpuasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    5 Tip Meneruskan Penyusuan ASI bagi Ibu Berpuasa

    Puasa tidak menjejaskan kandungan air susu ibu (ASI). Kilang susu akan berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu dan ia menyesuaikan pengeluaran susu ibu mengikut keadaan badan ibu. Bila ibu puasa, hormon prolaktin dan hormon oksitosin masih bekerja seperti biasa dan menyamaratakan kandungan susu ibu ketika ibu itu berpuasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang perlu anda tahu bagi meneruskan penyusuan sepanjang Ramadan. Baca artikel ini.

    Tip puasa bagi ibu menyusu

    1. Makan 3 kali sehari

    Ibu menyusu sebaiknya makan 3 kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan selepas tarawih dengan komposisi nutrisi terdiri daripada 20% lemak, 30% protein, dan 50% karbohidrat. Ibu menyusu memerlukan tambahan kalori kira-kira 700 kalori sehari yang mana 500 kalori daripada sumber makanan dan 200 kalori daripada lemak tubuh.

    Sediakan buah-buahan dan sayuran ketika berbuka dan sahur bagi mendapatkan pemakanan yang seimbang iaitu mengandungi protein, vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi penting untuk tubuh.

    1. Rehat yang mencukupi

    Menyusu ketika puasa boleh menyebabkan keletihan. Ibu menyusu seharusnya membuat jadual rehat khusus supaya tubuh tidak berasa lemas dan lesu. Dapatkan tidur seketika. Ini kerana rehat yang mencukupi membantu pengeluaran ASI baik dan lancar.

    1. Banyakkan minum air

    Daripada berbuka sehingga sahur, selain meminum air kosong anda juga boleh meminum cecair lain seperti jus buah dan susu. Minum segelas susu semasa sahur boleh mengurangkan risiko anemia bagi ibu hamil dan menyusu.

    1. Makan kurma dan madu

    Kurma sangat sinonim pada bulan puasa. Bagi ibu menyusu pengambilan kurma dan madu membantu menjaga kuantiti dan kualiti ASI kerana ia adalah vitamin semula jadi yang lengkap. Jus kurma juga baik untuk ibu menyusu kerana ia pemanis semula jadi dan sangat mudah dicerna yang boleh mengembalikan tenaga pada tubuh.

  • Teruskan mengepam/ memerah ASI
  • Pengeluaran ASI pada waktu siang mungkin berkurang. Oleh itu, anda perlu memanfaatkan waktu malam untuk mengepam/memerah ASI semaksimum yang mungkin kerana ia boleh dijadikan stok pada waktu siang.

    Bagaimanapun, sekiranya puasa boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu menyusu atau bayi, sebaiknya ibu tidak meneruskan puasa. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan