backup og meta

5 Sebab Utama Kerosakan Gigi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 27/12/2022

    5 Sebab Utama Kerosakan Gigi

    Penjagaan gigi perlu diterapkan sejak kecil. Ia adalah sangat penting dalam memberikan penampilan yang baik serta kesihatan badan secara amnya.

    Sekurang-kurangya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor gigi setiap enam bulan sekali. Jangan pandang rendah pada kesan yang boleh gigi anda berikan pada anda jika tidak dijaga dengan baik. Walaupun saiznya nampak kecil, efeknya besar.

    Lihat 5 sebab utama kerosakan gigi di bawah.

    1. Penjagaan kebersihan mulut yang lemah

    Kebersihan mulut bukan sekadar memberus gigi, tetapi juga menggunakan floss, memberus lidah dan menggunakan ubat kumur. Berus gigi sekurangnya-kurangnya dua kali sehari selama sekurang-kurangnya dua minit.

    Tanpa penjagaan yang baik, tentunya gigi anda akan mengalami kerosakan.

    2. Pemakanan yang tidak sihat

    Makanan utama yang merosakkan gigi adalah yang mengandungi tinggi gula, karbohidrat dan asid. Cuba kurangkan makanan ini untuk menjaga kesihatan gigi anda.

    3. Mulut kering

    Atas apa sebab sekalipun, mulut kering menyebabkan kurang penghasilan air liur yang penting dalam menghalang pembentukan plak. Sebab itu, mereka yang mengalami mulut kering lebih cenderung untuk mendapatkan gigi yag kurang sihat.

    Antara sebab mulut kering adalah kurang minum air, sesetengah ubat-ubatan atau keadaan kesihatan seperti diabetes.

    4. Mengisar atau mengetap gigi

    Kadangkala, ia sudah menjadi tabiat sehingga tidak disedari oleh pelakunya, terutamanya jika ia berlaku semasa tidur. Amalan ini merosakkan gigi dengan menyingkirkan enamel pada gigi yang penting dalam melindungi permukaan gigi.

    Anda boleh menggunakan alat pelindung gigi semasa tidur untuk mengelakkan masalah ini.

    5. Umur

    Penuaan adalah proses yang tidak dapat dielakkan. Semakin lama, banyak fungsi badan akan mula berkurang dan rosak. Gigi juga tidak terlepas daripada proses ini. Namun, dengan penjagaan gigi yang sihat dari usia muda, anda boleh melewatkan kerosakan gigi akibat penuaan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan