backup og meta

Susah Berak Masa Semasa Berpuasa? Semak Jika Anda Lakukan 5 Perkara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/03/2023

    Susah Berak Masa Semasa Berpuasa? Semak Jika Anda Lakukan 5 Perkara Ini

    Susah buang air besar ketika puasa adalah salah satu gangguan kesihatan yang sering dialami oleh sebahagian orang. Ayuh kita fahami punca mengapa keadaan tersebut berlaku.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Mengalami sembelit

    Sembelit atau istilah perubatannya constipation adalah keadaan di mana sistem penghadaman seseorang mempunyai najis keras yang sukar dikeluarkan.

    Ini membuatkan proses membuang air besar menyakitkan.

    Apabila anda rasa sukar ketika buang air besar, atau tidak ada rasa ingin buang air besar selama tiga hari, anda perlu berhati-hati.

    Tetapi apakah perkara yang menjadi punca anda susah untuk buang air besar ketika puasa?

    Adakah ia boleh didasari oleh pemakanan?

    Apa penyebab susah buang air besar ketika puasa?

    Sembelit adalah simptom umum yang banyak dialami orang semasa berpuasa.

    Dalam kebanyakan kes, susah buang air besar semasa berpuasa terjadi kerana usus besar menyerap terlalu banyak air dari makanan yang ada di dalam usus besar.

    Semakin lambat makanan bergerak melalui saluran penghadaman, semakin banyak air yang akan diserap usus besar darinya. Akibatnya, najis menjadi kering dan keras sehingga kekerapan untuk buang air besar jadi berkurang.

    Pada dasarnya kebiasaan buang air besar setiap orang berbeza-beza.

    Namun biasanya diperlukan waktu sehingga tiga hari untuk makanan yang dimakan akhirnya dihadam dan diserap oleh badan.

    Tiada buang air besar selama lebih dari tiga hari boleh dikategorikan sebagai sembelit. Ini adalah kerana selepas tiga hari, struktur najis akan menjadi lebih keras dan sukar dikeluarkan.

    Berikut ini beberapa penyebab susah buang air besar semasa berpuasa.

    susah buang air besar ketika puasa

    1. Kurang serat

    Perubahan pola makan semasa berpuasa membuatkan ramai orang tidak memerhatikan pengambilan makanannya dengan baik, terutamanya serat.

    Padahal makanan yang kaya serat dapat meningkatkan kemampuan pergerakan peristaltik usus, dan membuat dinding usus lebih mengembang.

    Hasilnya, sisa makanan boleh dihadam dengan mudah, dan tidak perlu berada lama di dalam usus.

    Baca juga:

    2. Kurang minum punca susah buang air besar ketika puasa

    Selain kurang serat, susah buang air besar semasa berpuasa adalah kerana tubuh anda tidak terhidrasi dengan baik.

    Air berperanan dalam melarutkan zat-zat makanan dan membawa sisa makanan ke dalam sistem pembuangan badan.

    Jika tubuh anda dehidrasi akibat kurang pengambilan air, maka sisa makanan akan sukar terbawa ke sistem pembuangan badan.

    Itu sebabnya sangat penting memenuhi keperluan pengambilan air semasa berbuka dan sahur untuk mengurangkan risiko sembelit.

    3. Terlalu banyak pengambilan produk tenusu punca susah buang air besar ketika puasa

    Susu boleh melambatkan proses penghadaman anda kerana mengandungi serat yang sedikit.

    Terlalu banyak mengambil susu dan produknya, seperti keju dan ais krim boleh menyebabkan susah buang air besar. Lebih-lebih lagi apabila anda tidak diimbangi dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran selama puasa.

    susah buang air besar ketika puasa

    4. Sering menahan buang air besar 

    Jika anda sering mengabaikan dorongan untuk buang air besar, maka dorongan tersebut akan beransur-ansur hilang sehingga anda akhirnya tidak merasakannya lagi.

    Itu sebabnya bagi anda yang sering menahan buang air besar, sebaiknya anda segera menghilangkan tabiat tersebut.

    Ini adalah kerana semakin lama anda menahan buang air besar, maka najis akan semakin lama berada di dalam usus, sehingga membuatnya menjadi keras dan kering.

    5. Gangguan usus

    Gangguan lain pada usus yang menyebabkan terjadinya sembelit adalah adanya gangguan fungsi otot pada usus.

    Seperti kemunculan tumor di dalam usus, adanya jaringan parut (lekatan), terjadi keradangan atau jangkitan di kolon (usus besar), penyempitan yang abnormal pada kolon dan rektum sehingga akan membuat proses pencernaan terganggu.

    Keadaan itu sekali gus menyebabkan anda susah buang air besar ketika puasa.

    susah buang air besar ketika puasa

    Cara mengatasi susah buang air besar ketika berpuasa

    Melakukan perubahan gaya hidup merupakan salah satu cara mengatasi susah buang air besar semasa berpuasa. Perubahan gaya hidup ini meliputi;

    • Pastikan anda memenuhi pengambilan cecair selama berpuasa sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Anda boleh mengambil air putih 2 gelas semasa berbuka, 2 gelas semasa sahur, dan 4 gelas sepanjang malam.
    • Perbanyakkan makanan yang mengandungi serat, contohnya sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, bijirin, kacang-kacangan, gandum, dan beras merah.
    • Elakkan produk tenusu, kafein, alkohol dan merokok.
    • Senaman secara teratur sekurang-kurangnya 30 minit selepas berbuka dengan intensiti ringan hingga sederhana.
    • Jangan menunda keinginan untuk buang air besar dan mula tetapkan kebiasaan buang air besar.
    • Tidak sembarangan makan ubat julap tanpa cadangan daripada doktor.

    Kini anda telah tahu cara mengatasi masalah susah buang air besar ketika puasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan