Pasti anda pernah dengar mengenai vaksin HPV, kan? Tetapi penting ke untuk mendapatkan suntikan HPV ini? Ini 5 frequently asked question (FAQ) mengenai vaksin tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Pasti anda pernah dengar mengenai vaksin HPV, kan? Tetapi penting ke untuk mendapatkan suntikan HPV ini? Ini 5 frequently asked question (FAQ) mengenai vaksin tersebut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Serviks adalah kawasan tubuh wanita antara faraj dan uterus.
Apabila sel-sel di dalam serviks tidak normal dan membiak dengan cepat, boleh menyebabkan berlakunya kanser serviks.
Kanser serviks ini boleh mengancam nyawa sekiranya ia tidak dapat dikesan atau dirawat.
Orang yang aktif secara seksual akan mendapat HPV pada masa tertentu, walaupun kebanyakannya tidak tahu dan ia paling biasa bagi orang berusia awal dan lewat 20-an.
Terdapat kira-kira 40 HPV yang boleh menjangkiti kawasan alat kelamin lelaki dan wanita. Kebanyakan jenis HPV tidak menyebabkan simptom dan akan hilang sendiri.
Tetapi terdapat beberapa jenis yang boleh menyebabkan kanser serviks pada wanita dan kanser kurang biasa seperti kanser dubur, zakar, faraj, vulva dan orofarinks (bahagian farinks yang berada di antara lelangit lembut dan tulang hioid).
Jenis HPV lain boleh menyebabkan ketuat pada bahagian alat kelamin lelaki dan wanita, yang dikenali sebagai ketuat genital.
Ketuat genital tidak mengancam nyawa, tetapi ia boleh menyebabkan tekanan emosi dan rawatannya boleh menjadi sangat tidak selesa.
Vaksin HPV disyorkan untuk kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun.
Ia juga disyorkan untuk remaja dan wanita berumur 13 hingga 26 tahun yang masih belum diberi vaksin atau menyelesaikan suntikan vaksin.
Vaksin HPV juga boleh diberikan kepada kanak-kanak perempuan bermula pada umur 9 tahun.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan kanak-kanak berusia 11 hingga 12 tahun mendapatkan dua dos vaksin HPV untuk melindungi daripada kanser yang disebabkan oleh HPV.
Baca juga:
Kanak-kanak perempuan dan wanita tidak perlu melakukan ujian HPV atau ujian Pap untuk mengetahui sama ada mereka perlu mendapatkan vaksin atau sebaliknya.
Bagaimanapun, adalah penting bagi wanita meneruskan imbasan kanser serviks walaupun selepas mendapat semua suntikan vaksin HPV.
Ini kerana vaksin tidak melindungi terhadap semua jenis kanser serviks.
Vaksin HPV mensasarkan jenis HPV yang biasanya menyebabkan kanser serviks dan boleh menyebabkan beberapa kansar lain seperti kanser kanser dubur, zakar, faraj, vulva dan orofarinks.
Ia juga melindungi daripada jenis HPV yang menyebabkan ketuat genital.
Vaksin HPV sangat berkesan dalam mencegah jenis HPV yang disasarkan serta kebanyakan masalah kesihatan yang disebabkan olehnya.
Vaksin kurang berkesan dalam mencegah penyakit HPV yang berkaitan dengan wanita muda yang telah terdedah kepada satu atau lebih jenis HPV.
Ini kerana vaksin mencegah HPV adalah sebelum seseorang terdedah kepadanya. Vaksin HPV tidak merawat jangkitan HPV yang sedia ada atau penyakit berkaitan HPV.
Penyelidikan menunjukkan bahawa perlindungan vaksin adalah tahan lama.
Kajian semasa telah mengikuti individu yang divaksinasi selama sepuluh tahun, dan menunjukkan bahawa tiada bukti perlindungan yang lemah dari semasa ke semasa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen