backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Makanan Untuk Melegakan Sakit Tekak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/10/2023

    5 Makanan Untuk Melegakan Sakit Tekak

    Perubahan cuaca berupaya untuk membuatkan anda mengalami sakit tekak. Lebih-lebih lagi kalau pekerjaan anda memerlukan untuk banyak bercakap dan bersuara, ia pasti sangat mengganggu. Jika ubat batuk biasa masih tidak dapat menyelesaikan masalah anda, cuba 5 makanan ini untuk dijadikan sebagai penawar sakit tekak itu.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkannya di sini. 

    5 Penawar sakit tekak melalui pemakanan 

    1. Aiskrim

    penawar sakit tekak

    Aiskrim adalah sangat sesuai untuk tekak yang sakit. Makanan sejuk ini dapat membantu melegakan kesakitan tekak dan tekstur krimnya yang lembut menambahkan lagi keselesaan tekak di samping mudah untuk ditelan.

    Jika anda risau produk tenusu akan membuatkan batuk anda menjadi lebih teruk, jangan risau kerana kajian telah megesahkan bahawa produk tenusu tidak melakukannya, melainkan anda mempunyai alahan. 

    Selain itu, seseorang mungkin kurang makan atau minum akibat sakit tekak. Justeru, kandungan glukosa dalam Aiskrim dapat memberikan anda tenaga yang segera dan mudah diambil, memastikan anda tikdalah lemah bermaya sepanjang hari.

    2. Pisang

    Mudah ditelan dan teksturnya sangat lembut. Pisang kaya dengan serat dan vitamin C yang membantu melawan penyakit, kesan daripada sifat antioksidanya.

    Harganya pun tidak terlalu mahal menjadikannya makanan pilihan yang sihat. Seperti Aiskrim, pisang juga mengandungi gula yang mampu memberikan tenaga segera di samping seratnya mampu membuatkan anda rasa lebih kenyang.

    3. Teh

    Teh adalah penawar kepada sakit tekak sejak turun temurun. Ia ternyata berkesan. Manjakan diri anda dengan teh hijau, chamomile atau teh hitam.

    4. Madu

    penawar sakit tekak

    Makanan ini dikenali dengan khasiatnya yang sangat banyak. Dengan rasa yang lazat, mudah dimakan dan mudah dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan baiknya hidangan mudah mahupun hidangan yang kompleks, ia adalah makanan yang menjadi pilihan ramai orang.

    Madu telah disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu ubat batuk.

    Penawar sakit tekak 5. Licorice

    Akar licorice atau akar manis adalah sejenis herba yang telah sekian lama digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak. Anda boleh ambil air akar licorice dengan ubat batuk untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan