4 Teknik Pernafasan Terbaik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Jika anda mempunyai kanser paru-paru, anda pasti berdepan dengan masalah kesukaran bernafas. Ia adalah perkara yang boleh tekanan dan semakin anda tertekan, semakin sukar untuk anda bernafas, yang akhirnya menyebabkan kesan spiraling. Berikut adalah 4 teknik pernafasan yang dapat membantu anda melalui hari-hari anda dengan lebih baik.

Kawalan pernafasan

Ia mungkin kelihatan mudah dari situasi yang sebenar. Berikut 4 langkah mudah untuk mengamalkannya:

Langkah 1 – Jika boleh, duduk tegak. Ini membantu meningkatkan ruang dalam paru-paru untuk menyalurkan lebih banyak oksigen.

Langkah 2 – Bernafas secara perlahan melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Apabila ada sedang menyedut udara, pastikan mulut anda tertutup. Semasa menghembuskan nafas, pastikan bibir anda seperti ingin bersiul. Cuba gandakan tempoh hembusan nafas yang keluar berbanding ketika anda menyedut udara. Ini membolehkan semua udara lama keluar dan memberikan lebih banyak ruang untuk oksigen baru.

Langkah 3 – Bernafas dengan otot dada bahagian bawah, turut dikenali sebagai diafragma.

Langkah 4 – Tenang otot di bahagian leher, bahu dan dada ketika bernafas.

Cuba teknik ini ketika anda merasa sukar untuk bernafas.

Pernafasan tenang

Pernafasan yang tenang adalah satu teknik yang bukan sahaja dapat membantu anda bernafas tetapi juga membantu mengurangkan ketegangan fikiran. Jika anda merasa tekanan atau panik, pernafasan anda cenderung untuk menjadi cepat dan pendek. Berikut adalah 4 langkah yang membantu melegakan tekanan anda.

Langkah 1 – Sedut nafas yang dalam dari diafragma anda, iaitu melalui otot antara paru-paru dan perut.

Langkah 2 –  Tahan nafas selama beberapa saat atau selagi anda mampu, kemudian hembuskan secara perlahan-lahan.

Langkah 3 – Ulangi langkah 1 dan 2 beberapa kali hingga anda merasa tenang.

Langkah 4 – Rehat dan tenangkan seluruh tubuh anda.

Teknik ini dapat menyelamatkan anda apabila anda tidak dapat bernafas dan ketika anda merasa tertekan. Ia juga boleh menghalang anda dari bernafas secara berlebihan (hyperventilating), yang boleh berlaku apabila anda bernafas dengan cepat.

Meditasi

Ia dikenali untuk melegakan minda anda tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga boleh membantu anda bernafas? Terdapat dua jenis meditasi: 1-poin meditasi dan 2-poin meditasi.

1-poin meditasi

Pastikan anda berada di tempat yang tenang dan senyap, ambil masa 15 hingga 20 minit untuk fokus kepada pernafasan. Semasa bernafas, cuba ulangi satu perkataan atau bunyi kepada diri sendiri. Beberapa perkataan yang biasa digunakan ialah ‘damai’, ‘cinta’ atau ‘harapan’. Matlamatnya adalah untuk memberikan ketenangan minda dan memfokuskan kepada pernafasan. Anda pasti dapat melihat pernafasan anda bertambah baik dan minda akan menjadi tenang.

2-poin meditasi

Ia turut dikenali sebagai meditasi minda atau meditasi wawasan, adalah teknik memberi tumpuan kepada pernafasan dan dalam masa yang sama mengawal pemikiran anda. Anda boleh melakukan meditasi ini secara senyap atau bersama aktiviti harian lain. Apabila anda mengalami masalah bernafas atau tertekan, fikiran anda akan mula menerawang. Meditasi cara ini membantu anda memisahkan emosi dan diri.

Imaginasi

Menggunakan imaginasi adalah satu teknik yang dapat membantu anda bernafas. Ia adalah kombinasi pernafasan dan meditasi. Anda boleh menggunakan muzik santai seperti bunyi lautan atau bunyi burung. Tutup mata anda sambil memberi tumpuan kepada pernafasan. Bayangkan anda berada di pantai atau di taman bersama burung-burung. Teknik ini akan membantu anda bernafas lebih mudah dan merehatkan minda.

Apabila anda mengalami kesukaran bernafas, anda mungkin mengalami tekanan dan kebimbangan. Teknik yang dikongsikan ini bukan sahaja dapat membantu anda bernafas dengan mudah tetapi membantu menguruskan emosi anda. Cuba teknik-teknik di atas apabila anda berdepan dengan kesukaran bernafas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut