backup og meta

4 Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Berlaku Pendarahan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    4 Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Berlaku Pendarahan

    Apabila berlaku pendarahan atau luka, anda mungkin cemas dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bertenang. Kebanyakan luka dan pendarahan ringan boleh diuruskan dengan mudah di rumah tanpa perlu memenuhkan unit kecemasan hospital.

    Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku pendarahan?

    1. Hentikan pendarahan

    Ini adalah langkah pertama dan paling penting, iaitu untuk menghentikan pendarahan. Caranya adalah dengan mengenakan tekanan ke atas kawasan berdarah terbabit menggunakan tisu, kapas atau kain bersih.

    Tekan selama beberapa minit sehingga darah berhenti. Dalam masa yang sama, letakkan bahagian yang berdarah di atas paras jantung untuk mengurangkan tekanan darah.

    2. Bersihkan luka

    Basuh luka terbabit dengan air dan sabun antibakteria atau gunakan antiseptik. Jika anda menggunakan sabun, pastikan untuk membasuh sehingga sabun tersebut hilang untuk mengelakkan kerengsaan pada luka.

    Langkah ini adalah penting bagi mengelakkan dari berlaku jangkitan pada luka tersebut.

    3. Balut luka

    Selepas darah sudah berhenti dan luka telah dibersihkan, seterusnya adalah untuk membalut luka tersebut. Jika saiznya kecil, anda boleh gunakan bandage kecil yang tersedia dengan pelekat. Untuk saiz yang lebih besar, gunakan kain pembalut yang sesuai.

    4. Bila perlu ke hospital?

    Dalam beberapa kes, anda perlu segera ke hospital. Antaranya ialah:

    • Anda merasakan ada pendarahan dalaman
    • Pendarahan sangat teruk
    • Pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit
    • Pendarahan melibatkan muka
    • Luka melibatkan gigitan manusia atau binatang

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan