backup og meta

3 Tip Mengekalkan Penampilan Diri Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    3 Tip Mengekalkan Penampilan Diri Anda

    Penampilan diri adalah aspek yang sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian, lebih-lebih lagi kalau anda perlu berjumpa dengan orang setiap hari disebabkan pekerjaan anda. Contohnya, usahawan, peguam atau cikgu.

    Tanpa penampilan yang memuaskan, pastinya hari anda akan terjejas. Anda tidak semestinya memerlukan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan penampilan yang baik. Tidak semua orang berduit mampu menampilkan diri dengan baik. Malah, kadangkala sederhana itu lebih menawan.

    Baca 3 tip di bawah untuk mengekalkan penampilan diri anda.

    1. Yakin dengan diri anda

    Keyakinan diri adalah aspek paling penting dalam menjaga penampilan diri. Tanpa keyakinan diri, segala pakaian dan produk mahal yang anda gunakan adalah sia-sia.

    Bina keyakinan diri dahulu sebelum perkara lain. Hargai diri anda. Sebenarnya anda lebih berharga dari apa yang anda sangkakan. Media mungkin mengatakan anda banyak kekurangan, tetapi hakikatnya anda sudah sempurna. Mereka hanya ingin melariskan produk sahaja!

    Kenali kelebihan dan kelemahan anda. Kembangkan potensi diri serta terima kekurangan anda yang ada dan cuba perbaikinya.

    2. Senaman

    Senaman berkala adalah sangat penting dalam menjaga penampilan diri. Senaman menjaga indeks jisim badan (BMI), menyihatkan jantung dan mencegah banyak penyakit. \

    Di samping itu, senaman turut memberikan anda mod yang baik, seterusnya meningkatkan penampilan anda. Jangan tunggu lagi. Ambil kasut dan mulakan senaman!

    3. Pemakanan yang sihat

    Apa lagi kalau bukan pemakanan yang sihat. Anda harus sentiasa mengekalkan pemakanan yang seimbang melibatakan karbohidrat, serat, lemak dan vitamin.

    Selain memasukkan semua kelas makanan, jumlah pengambilan juga perlu dititik beratkan. Jangan terlebih atau terkurang makan.

    Pemakanan yang sihat memberikan badan yang sihat serta minda yang cergas. Semua ini pasti akan menambah seri kepada penampilan anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan