backup og meta

Tip Teruskan Puasa Walaupun Demam

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

    Tip Teruskan Puasa Walaupun Demam

    Demam adalah keadaan ketika suhu tubuh melebihi 38 darjah celsius. Demam merupakan sebahagian daripada proses imun tubuh yang sedang melawan jangkitan akibat virus, bakteria, atau parasit. Jadi, bagaimana jika anda tetap ingin menjalani puasa semasa demam? Di artikel ini kongsikan beberapa tip menjalani puasa semasa demam.

    Bagaimana menjalankan puasa semasa demam?

    Walaupun kadang-kadang membimbangkan, demam yang tinggi tidak semestinya anda menghidap suatu penyakit yang serius. Demam sering dijumpai pada kes jangkitan kanak-kanak adalah tidak berbahaya. Malah, demam adalah pertanda bahwa sistem kekebalan tubuh anda sedang berusaha melawan jangkitan tersebut.

    Sebenarnya ketika anda sakit, anda tidak boleh berpuasa. Orang sakit biasanya akan mendapatkan keringanan dari segi agama (anda boleh bertanya perkara ini kepada ahli agama). Namun, jika anda tetap ingin menjalani ibadah puasa semasa demam, ada beberapa hal yang harus anda perhatikan.

    Walaupun demam merupakan tanda bahawa sistem imunisasi sedang bekerja melawan virus, bakteria, atau perkara lain yang masuk pada tubuh. Tetapi, anda perlu menguruskan demam sehingga anda merasa sihat, terutama ketika anda tetap ingin menjalankan puasa semasa demam. Di sini beberapa perkara yang perlu anda lakukan ketika berpuasa semasa deman.

    1. Pastikan keperluan cecair mencukupi

    Pastikan anda memenuhi keperluan cecair. Mengapa ia penting? Kerana ketika demam tubuh akan mengalami kenaikan suhu sehingga tubuh anda akan terasa panas. Ketika ini cecair dalam tubuh seperti meruap dan tubuh sangat mudah mengalami dehidrasi.

    Elakkan dehidrasi dengan perbanyakkan minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Anda tidak boleh minum ais atau air sejuk, kerana boleh memburukkan lagi demam. Sebaiknya minum air suam. Anda boleh menggunakan rumus 2-4-2, dua gelas semasa berbuka puasa, empat gelas pada  waktu malam, dan dua gelas semasa sahur.

    2. Tuam air suam

    Menuam merupakan tindakan yang biasa dilakukan ketika demam. Namun, tuam tidak akan berkesan menurunkan suhu tubuh jika menggunakan air sejuk. Jika seseorang demam, disarankan tuam menggunakan air suam, bukan air sejuk. Ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh dituam adalah dahi dan ketiak.

    3. Elakkan memakai pakaian yang tebal

    Sebolehnya elakkan selimut yang tebal dan pakaian yang panas, ini kerana melambatkan proses pelepasan panas dari dalam tubuh. Walaupun anda merasa kesejukan semasa demam, sebenarnya suhu tubuh Anda sangat tinggi, dan anda harus menurunkannya supaya tubuh menjadi lebih hangat.

    Biarkan tubuh anda mengeluarkan panas yang berlebihan dengan mengenakan pakaian yang nipis dan menutupi tubuh dengan selimut atau kain yang nipis apabila diperlukan. Mengenakan baju panas dan selimut sangat berbahaya semasa demam kerana membuatkan suhu tubuh semakin tinggi.

    4. Titikberatkan makanan untuk berbuka dan sahur

    Anda boleh memasukkan buah-buahan ke dalam menu berbuka puasa atau sahur anda seperti tembikai dan oren. Buah-buahan ini kaya akan kandungan vitamin C, yang dapat melawan jangkitan dan menurunkan demam.

    Buah-buahan ini juga akan memenuhi keperluan cecair tubuh anda. Elakkan makanan berat yang berminyak dan berlemak seperti bergoreng semasa berbuka puasa. Anda juga perlu mengelakkan makanan pedas untuk sementara waktu.

    5. Ubat

    Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi dan tidak berlarutan dalam tempoh lama biasanya tidak memrlukan ubat. Namun untuk mengatasi ketidakselesaan tubuh, ada beberapa ubat demam yang boleh di beli di kedai ubat atau farmasi. Gunakan ubat demam ini semasa demam sudah mencapai 38 darjah celcius atau lebih.

    Anda boleh memilih paracetamol, aspirin atau antibiotik. Anda makan ubat ketika waktu berbuka puasa atau sahur.  Disarankan untuk menemui doktor jika suhu demam semakin tinggi atau tidak sembuh selepas tiga hari.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan