backup og meta

Tip Mengawal Kemarahan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    Tip Mengawal Kemarahan

    Tidak mampu mengawal kemarahan boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti menjejaskan hubungan sosial dengan ahli keluarga, rakan ataupun rakan sekerja, malahan ia turut boleh menjejaskan kesihatan anda. Jadi tip mengawal kemarahan tak?

    Tip mengawal kemarahan

    Masalah mengawal kemarahan adalah penyakit mental yang tidak boleh diabaikan. Jika selepas ini, anda tidak dapat mengendalikan kemarahan, pertimbangan tip mengawal kemarahan berikut:

    Luahkan selepas anda tenang

    Fikirkan dan nilai semula isu yang menyebabkan kemarahan anda dengan jelas dan berhati-hati sebelum meluahkannya. Bertenang akan membantu anda meluahkan dengan lebih jelas dan ia dapat mengelakkan anda dari melukakan atau menyakiti sesiapa dengan kemarahan anda.

    Fikir sebelum bercakap

    Ketika sedang marah, kita cenderung menyatakan sesuatu yang boleh melukakan atau menyakiti hati seseorang dan akhirnya menyebabkan kita berasa menyesal. Sebelum berkata apa-apa, sebaiknya luangkan masa untuk berfikir dan menilai kembali apa yang anda ingin katakan.

    Gaya hidup sihat

    Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal dapat melepaskan tekanan dengan berkesan. Anda boleh memilih untuk bersukan, berjalan, atau berlari. Semakin anda tertekan, semakin mudah untuk anda marah. Luangkan masa setiap hari untuk melakukan aktiviti fizikal.

    Kenal pasti punca

    Memahami mengapa anda marah dan kenal pasti keadaan yang boleh membantu menghindari situasi yang sama pada masa akan datang. Jika anda kerap marah tanpa punca yang jelas, anda boleh dapatkan nasihat doktor.

    Jalan penyelesaian

    Daripada menyesali pada yang telah anda lakukan, adalah lebih baik anda mencari jalan penyelesaian. Ingatkan kepada diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah tetapi hanya memburukkan keadaan.

    Tenangkan diri

    Cuba belajar teknik pernafasan mendalam atau membayangkan suasana santai untuk dapat menenangkan diri anda. Sesetengah individu dapat bertenang dengan mendengar muzik, membaca buku, menulis jurnal atau latihan yoga yang dapat menggalakkan ketenangan.

    Jangan berdendam

    Jangan biarkan perasaan marah dan negatif menutupi rasa positif. Kemaafan adalah kunci penting untuk melepaskan kemarahan dan menghindarkan diri dari tenggelam dalam kebencian.

    Humor

    Berlawak dan bergurau akan dapat membantu anda menghadapi apa yang membuat anda marah. Setiap ketegangan boleh dilepaskan dan diperbaiki dengan senyuman atau berada dalam keadaan positif.

    Hormati individu lain

    Elakkan mengkritik atau menyalahkan individu lain yang secara tidak langsung meningkatkan ketegangan dan menunjukkan ketidakpercayaan anda kepada individu di sekeliling anda. Cuba kenal pasti masalah anda sendiri sebelum menilai individu lain. Walaupun anda sedang marah, anda harus tetap menunjukkan rasa hormat dan beradab, agar ia tidak merosakkan hubungan sosial anda.

    Bantuan

    Belajar mengawal kemarahan adalah satu cabaran kepada setiap individu. Pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan demi mengatasi masalah kemarahan anda jika ianya diluar kawalan yang memungkinkan anda melakukan perkara yang mungkin anda membuatkan ada berasa menyesal kemudian hari.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan