backup og meta

Jangan Biarkan Ia Jadi Hitam! Ini Dia Cara Betul Penjagaan Kuku Tangan & Kaki!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/08/2023

    Jangan Biarkan Ia Jadi Hitam! Ini Dia Cara Betul Penjagaan Kuku Tangan & Kaki!

    Cara betul potong kuku mungkin nampak remeh bagi anda, tetapi untuk sesetengah individu ia termasuk dalam cara menjaga kebersihan kuku yang betul dan terbaik bagi kita semua.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa yang perlu diketahui mengenai penjagaan kuku panjang? 

    Kuku terdiri daripada lapisan berlapis protein yang dipanggil sebagai keratin dan ia tumbuh di kawasan pangkal kuku di bawah kutikel. 

    Kuku sihat adalah bersifat licin, tanpa sebarang lubang atau alur. Malah, kuku yang sihat juga memiliki warna yang sama dan konsisten serta bebas daripada sebarang tompok atau perubahan warna.

    Kadangkala, kuku panjang mengembangkan rabung menegak yang tidak berbahaya dan ia bermula daripada kutikel hingga ke hujung kuku.

    Rabung vertikal cenderung menjadi lebih menonjol seiring dengan usia. Kuku jari juga boleh muncul garis putih atau bintik-bintik disebabkan oleh kecederaan. 

    cara betul potong kuku

    Walau bagaimanapun, tidak semua keadaan kuku adalah normal. Rujuk doktor atau pakar dermatologi jika anda menyedari sebarang perubahan seperti berikut:

    • Perubahan warna kuku seperti garisan gelap 
    • Perubahan bentuk kuku seperti gulungan kecil
    • Kuku menjadi nipis atau tebal 
    • Kuku terpisah daripada kulit 
    • Pendarahan kuku
    • Bengkak atau sakit kuku
    • Kuku sukar untuk tumbuh 

    Perkara yang perlu dilakukan dalam penjagaan kuku

    Selain tahu cara betul potong kuku, anda disarankan untuk melakukan perkara seperti berikut:

    #1. Pastikan kuku kering dan bersih

    Cara ini dapat menghalang bakteria daripada berkembang di bawah kuku. Ini kerana sentuhan kerap dengan air boleh menyebabkan kuku berpisah dengan kawasan kulit di sekitarnya.

    Kuku pendek dan dipotong cantik mungkin sukar untuk mengumpul bakteria dan kotoran berbanding kuku panjang.

    Jadi, sebaiknya periksa kuku anda setiap pagi atau petang selepas mandi, selain pastikan ia sentiasa kering dan bersih. 

    #2. Mengamalkan kebersihan kuku 

    Gunakan gunting atau pengetip yang tajam. Cara betul potong kuku adalah dengan cara melurus, kemudian bulatkan bucu atau hujung kuku yang tajam dengan cara membuat potongan lengkungan halus.

    #3. Pastikan sabun dan air sampai ke kawasan kuku apabila mencuci tangan

    Ada kajian mengenai empat kaedah kebersihan tangan dalam kalangan pembantu pergigian.

    Kajian tersebut mendapati mencuci tangan menggunakan sabun antibakteria dan sanitizer tangan berasaskan alkohol adalah baik untuk mengurangkan bakteria di hujung jari

    cara betul potong kuku

    #4. Guna pelembap

    Apabila anda menggunakan losyen tangan, gosokkan juga losyen ke bahagian kuku dan kutikel.

    #5. Guna pelindung

    Menggunakan pengeras kuku (nail hardener) boleh membantu anda menguatkan kuku.

    #6. Tanya doktor tentang biotin

    Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen pemakanan biotin mungkin membantu menguatkan kuku lemah atau rapuh.

    Pantang larang cara betul potong kuku tangan

    Untuk mengelakkan sebarang kerosakan kuku, anda disarankan untuk tidak melakukan hal-hal yangberikut:

    #1. Jangan gigit atau cabut kutikel kuku 

    Tabiat ini boleh merosakkan pangkal kuku. Walaupun dengan hanya potongan kecil di sisi kuku anda, ia boleh menyebabkan bakteria atau kulat masuk ke dalam jari dan mengakibatkan jangkitan.

    #2. Jangan mencabut hangnails

    Hangnails adalah cebisan kulit koyak yang terletak pada akar kuku. Anda mungkin akan menanggalkan tisu hidup bersama-sama dengan hangnails jika mencabutnya.

    Sebaliknya, anda boleh mengetip hangnails secara berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku.

    #3. Jangan guna produk penjagaan kuku yang bersifat kasar atau tajam

    Hadkan penggunaan remover pengilat kuku dan pilih produk bebas aseton. 

    cara betul potong kuku

    #4. Tidak mengabaikan masalah yang berlaku

    Sekiranya anda menghidapi sebarang masalah kuku yang tidak mempunyai simptom tertentu, segera berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk tahu cara betul potong kuku anda.

    Pantang larang cara betul potong kuku kaki

    • Potong lurus. Kuku kaki tidak boleh dipotong menyerong pada sisi. Elakkan memotong kuku menjadi bentuk melengkung
    • Guna pengetip kuku yang sesuai. Pengetip kuku besar lebih sesuai digunakan untuk kuku kaki. Pastikan pengetip kuku dan alatan lain yang anda gunakan pada jari kaki dinyahkuman seperti mencuci guna alkohol sebelum dan selepas memakainya
    • Biar kuku sedikit panjang. Jangan potong kuku terlalu pendek, kerana ia adalah satu lagi sebab mengapa kuku cekam berlaku. Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan
    • Potong kuku sewaktu kering, bukan basah. Kuku basah mungkin berkeruping, membengkok atau tidak dipotong dengan baik kerana keadaannya yang lembut. Memotong kuku ketika ia kering akan memberi anda potongan yang bersih dan licin
    • Potong sedikit-sedikit. Jangan cuba untuk memotong setiap kuku jari dalam satu ketipan. Sebaliknya, potong sedikit demi sedikit
    • Mengilat kuku dengan betul. Sekiranya anda suka mengilat kuku, jangan seret papan pengilat ke depan dan belakang berulang kali. Sebaliknya, gerakkan pengilat kuku anda pada satu arah sehingga kuku licin

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan