Pasangan Cukup Tidur Lebih Puas Dengan Hubungannya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hayat seseorang. Mendapatkan rehat yang mencukupi membawa kepada keadaan mental yang lebih baik dan perasaan yang lebih positif terhadap pasangan anda. Kita semua tahu bahawa mendapat tidur yang baik membuatkan anda segar, bertenaga dan bersedia sepanjang hari. Ini memberi kesan secara langsung dalam hubungan dan reaksi anda. Penyelidik mendapati bahawa suami dan isteri yang tidur melebihi daripada purata malam adalah lebih puas dalam hubungannya pada hari berikutnya.

Bagaimana tidur memberi kesan pada tubuh

Sesetengah kajian telah menunjukkan betapa pentingnya tidur untuk kesejahteraan seseorang. Mendapatkan rehat yang mencukupi pada waktu malam memberi kesan kepada beberapa proses dalaman mental, seperti pengawalan diri. Pengawalan diri memerlukan tenaga, yang mana dapat diisi semula ketika tubuh kita tidur. Sedangkan kekurangan tidur dapat memberi kesan negatif terhadap proses yang memerlukan pengawalan diri.

Para penyelidik mendedahkan dalam kajian “The Rested Relationship: Sleep Benefits in Marital Evaluations”, sehingga satu pertiga orang dewasa yang sudah berkahwin atau bersekedudukan melaporkan bahawa masalah tidur membebankan hubungan mereka. 

Sekiranya anda telah berkahwin dan kini hidup bersama pasangan anda, tidur malam yang baik bukan sahaja termasuk keadaan fizikal atau tempoh tidur, tetapi juga daripada interaksi dengan pasangan anda.

Penyelidik mendapati bahawa perkaitan antara tidur dan konflik bukan sahaja disebabkan oleh orang yang lebih tertekan, cemas atau depres. Sebab lainnya ialah pasangan mengganggu satu sama lain pada waktu malam, jadi selepas kekurangan tidur, mereka menyalahkan pasangan masing-masing dan seterusnya mewujudkan situasi konflik. Mungkin tidak menghairankan, seseorang (terutama suami) kurang dipengaruhi oleh pengalaman negatif dalam perhubungan jika mereka mendapat tidur yang lebih banyak pada malam sebelumnya.

Lebih dekat, lebih bahagia!

Kekurangan tidur boleh menyebabkan anda lebih mudah terdedah kepada keputusan yang impulsif, seperti menceraikan pasangan atau bahkan menilai perasaan anda tentang pasangan anda. Ini mungkin menyebabkan konflik antara pasangan. Tidur malam yang teruk dikaitkan dengan konflik yang lebih kerap, teruk dan kurang diselesaikan antara pasangan. Mereka yang mendapat tidur yang lebih buruk pada malam sebelum itu, dilaporkan banyak berlaku pergaduhan dengan pasangan pada hari itu.

Seperti yang anda dapat lihat, seseorang yang mendapat rehat yang baik mungkin dapat menyelesaikan apabila mereka mempunyai konflik dengan seseorang. Manakala seseorang yang tidak mendapat tidur mencukupi mungkin akan bertindak secara automatik tanpa mempertimbangkan dan memikirkannya.

Selepas tidur malam yang baik, otak anda akan diset semula dengan cara yang lebih baik, keadaan fizikal anda akan disegarkan dan mood anda akan bertambah baik juga. Terutama untuk pasangan, mereka berasa lebih puas dengan hubungan mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut