backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kalau Anda Nak Tahu Bila Waktu Tidur Yang Betul, Dalam Ini Ada Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2022

    Kalau Anda Nak Tahu Bila Waktu Tidur Yang Betul, Dalam Ini Ada Jawapannya!

    Arghhh…mengantuknya. Mata dah terkatup separuh, tapi jam baru pukul 9 malam. Macam awal lagi je nak tidur. Hmmm… tapi macam mana nak tahu waktu tidur yang betul, ya?

    Jawapannya dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Fahami waktu tidur yang betul

    Berapa lama anda tidur semalam dan malam sebelumnya? Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi mendapat waktu rehat yang mencukupi adalah sangat penting untuk untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

    Bangun pada waktu yang tetap setiap hari, adalah satu perkara biasa. Namun, persoalan “Bilakah masanya untuk melelapkan mata?”, sering kali berbeza bergantung kepada gaya hidup sosial, jadual kerja, keperluan keluarga, atau hanya akan berlaku apabila anda berasa letih dan mengantuk.

    Walau bagaimanapun, jika anda tahu bilakah masa untuk anda bangun dan anda sedar jumlah rehat yang anda perlukan untuk dapat melakukan tugasan harian pada tahap yang terbaik, jadi anda perlu tahu bila masanya untuk anda masuk tidur

    Baca juga:

    Tidur yang diperlukan

    Keperluan setiap individu berbeza, tetapi tempoh 7+ jam adalah waktu yang disarankan untuk individu dewasa sihat. Remaja dan kanak-kanak pula memerlukan waktu rehat yang lebih berbanding individu dewasa untuk mengelakkan wujudnya masalah kekurangan waktu tidur. 

    Tidur siang adalah idea terbaik untuk membantu kanak-kanak mendapatkan jumlah rehat yang diperlukan berdasarkan kategori usia. Berikut adalah jadual waktu rehat yang disarankan dan mungkin boleh dijadikan panduan berdasarkan usia anda serta ahli keluarga.

    Jumlah waktu tidur yang betul ikut usia:
    • Baru lahir (0-3 bulan) – 14 hingga 17 jam
    • Bayi (4-12 bulan) – 12 hingga 16 jam
    • Kanak-kanak (1-2 tahun) – 11 hingga 14 jam
    • Prasekolah (3 hingga 5 tahun) – 10 hingga 13 jam
    • Sekolah rendah (6 hingga 12 tahun) – 9 hingga 12 jam
    • Remaja (13 hingga 18 tahun) – 8 hingga 10 jam
    • Dewasa (18 hingga 64 tahun) – 7 hingga 9 jam
    • Dewasa berusia (65 tahun ke atas) – 7 hingga 8 jam

    waktu tidur yang betul

    Berdasarkan waktu yang disaran, tambahan dan pengurangan tempoh sejam adalah masalah yang dikira sebagai normal. Jika anda boleh terjaga secara semula jadi sebelum jam loceng anda berbunyi, sebaiknya anda terus bangun untuk mengelakkan daripada emosi anda terjejas. 

    Anda dinasihatkan untuk tidak kembali melelapkan mata walaupun untuk beberapa minit. Tindakan anda itu hanya akan membuatkan anda berasa letih. Takut dari beberapa minit, terlajak jadi beberapa jam, haaa…naya!

    Kiraan waktu tidur yang betul

    Waktu untuk melelapkan mata adalah bergantung kepada:

    1. Waktu anda bangun
    2. Melengkapi lima atau enam kali kitaran tidur 90-minit
    3. Memberikan 15 minit masa untuk berasa mengantuk
    Kitaran 90-minit

    Ringkasnya kitaran ini adalah mengenai apa yang dilakukan dilakukan otak sewaktu anda memejamkan mata. Semasa tidur, otak akan melalui pelbagai corak aktiviti.

    Ia adalah berdasarkan gerakan mata yang berbeza dan aktiviti otot.

    Malahan saintis telah mengenal pasti pergerakan ini dan membahagikannya kepada dua kategori kitaran tidur utama: rapid-eye-movement (REM) sleep dan non-rapid-eye-movement (NREM) sleep.

    Lima tahap

    waktu tidur yang betul

    Sewaktu proses kitaran in berlangsung, terdapat lima tahap yang akan dilalui otak:

  • Otak mula memperlahankan fungsi. Anda akan mula berasa mengantuk dan lali.
  • Pergerakan mata terhenti dan otak mula untuk bertenang dan berehat. Waktu ini merupakan tempoh light sleep sebelum anda memasuki deep sleep.
  • Gelombang otak semakin perlahan dan sedang memasuki fasa deepest sleep.
  • Merupakan fasa deepest sleep. Penting untuk anda sampai ke tahap ini untuk mendapatkan waktu melelapkan mata yang baik. Malahan, anda perlu mengelakkan daripada terjaga pada fasa ini, kerana ia boleh membuatkan anda mengalami waktu pagi yang kelam-kabut dan tiada mood.
  • Fasa ini merupakan fasa rapid-eye-movement (REM) sleep. Kebanyakan mimpi akan bermula pada fasa ini. Elakkan juga daripada terjaga pada tempoh ini untuk menghindari dari rasa tidak bersemangat pada keesokan paginya.
  • Bergantung kepada diri

    Setiap individu mempunyai waktu tidur yang betul mengikut keselesaan diri.

    Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan badan mendapatkan tempoh rehat yang mencukupi untuk memastikan anda akan memperolehi hari yang lebih bersemangat.

    Jika anda mempunyai masalah tidur, dapatkan bantuan dan rundingan daripada pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan