backup og meta

Mudarat Tidur Terlalu Lama Terhadap Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    Mudarat Tidur Terlalu Lama Terhadap Kesihatan

    Setiap individu memerlukan tidur yang mencukupi untuk merehatkan mental dan fizikal mereka setelah penat seharian bekerja. Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Namun begitu, apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidur terlalu lama dan melebihi waktu yang disyorkan itu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    #1. Pening kepala

    Pernah atau tidak, anda bangun daripada tidur yang lama dan kemudian anda berasa pening kepala yang melampau? Jika ya, ini adalah disebabkan oleh neurotransmitter di dalam otak termasuklah serotonin yang akan terkesan akibat tidur yang terlalu lama.

    #2. Sakit belakang

    Selain itu, tidur terlalu lama juga akan mengakibatkan sakit belakang. Ini disebabkan berbaring terlalu lama dan kekurangan aktiviti fizikal. Jika ini terjadi, kurangkan waktu tidur anda kepada jam yang disyorkan dan lebihkan bersenam.

    #3. Sakit jantung

    Menurut kajian yang dilakukan terhadap 72,000 wanita, wanita yang tidur 9 hingga 11 jam sehari akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung sebanyak 38% berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari.

    #4. Diabetes

    Selain itu juga, kajian juga menunjukkan bahawa tidur yang terlalu lama akan meningkatkan risiko diabetes. Selain itu, tidak cukup tidur juga akan menyumbang kepada masalah ini. Oleh itu, sentiasa kekalkan waktu tidur yang paling sesuai untuk anda.

    #5. Obesiti

    Tidur terlalu lama juga akan mengakibatkan anda mengalami pertambahan berat badan yang berlebihan. Menurut kajian, individu yang tidur selama 9 sehingga 10 jam sehari akan lebih berisiko sebanyak 21% untuk mengalami obesiti jika ia berlaku berterusan sehingga 6 tahun berbanding individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam sehari. Ini adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan kekurangan senaman.

    #6. Depresi

    Menurut kajian, 15% daripada individu yang mengalami depresi tidur terlalu lama. Keadaan ini juga akan membuat depresi mereka menjadi lebih teruk. Untuk menyelesaikannya, pesakit depresi ini perlu tidur pada waktu yang disarankan sahaja iaitu sekitar 8 jam sehari.

    #7. Kematian

    Paling menakutkan, ada beberapa kajian yang membuktikan bahawa individu yang tidur sekitar 9 ke 10 jam sehari mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding individu yang tidur pada waktu yang disarankan, iaitu sekitar 8 jam sahaja sehari.

    Konklusinya, tidur terlalu lama bukanlah satu perkara yang baik dan mampu menyegarkan kembali badan anda. Sebaliknya, banyak kemudaratan yang bakal terjadi kepada anda jika anda mengamalkannya. Oleh itu, ikutilah saranan pakar perubatan dan kecergasan yang menyatakan bahawa tidur yang paling ideal adalah sekitar 8 jam sahaja sehari.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan