backup og meta

Terapi Tingkah Laku Kognitif: Kelebihan dan Kekurangannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    Terapi Tingkah Laku Kognitif: Kelebihan dan Kekurangannya

    Apa itu terapi tingkah laku kognitif?

    Terapi tingkah laku kognitif adalah jenis terapi bercakap di mana seorang ahli terapi akan menangani masalah asas anda, memecahnya ke bahagian-bahagian yang lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan untuk menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh mengubah pola pemikiran dan tingkah laku anda. Terapi tingkah laku kognitif sering digunakan untuk merawat kegelisahan dan kemurungan, tetapi juga dapat membantu:

    • Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
    • Gangguan panik
  • Gangguan stres pasca trauma(PTSD)
  • Fobia
  • Gangguan makan
  • Gangguan tidur
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Lain-lain keadaan kesihatan jangka panjang seperti sindrom usus besar (IBS) dan sindrom keletihan kronik (CFS)
  • Walaupun terapi tingkah laku kognitif tidak dapat menjejaskan atau menyembuhkan keadaan fizikal sebenar, ia membantu pesakit menghadapi keadaan mereka dengan lebih baik.

    Apakah kelebihan terapi tingkah laku kognitif?

    Terapi tingkah laku kognitif adalah berkesan dalam kes di mana pesakit tidak melihat peningkatan dengan ubat sahaja. Ia tidak mengambil banyak masa seperti jenis terapi lain. Di samping itu, terapi tingkah laku kognitif disusun dengan cara yang boleh ditawarkan dalam pelbagai format, termasuk terapi kumpulan, buku bantuan diri, dan program dalam talian. Kebanyakan orang menikmati terapi tingkah laku kognitif kerana ia mengajar mereka strategi praktikal yang boleh digunakan untuk kehidupan seharian. Ia menyediakan pesakit dengan penyelesaian untuk meningkatkan fikiran mereka setiap hari.

    Apakah kelemahan terapi tingkah laku kognitif?

    Pertama sekali, terapi tingkah laku kognitif memerlukan komitmen yang tinggi. Ahli terapi anda tidak boleh membantu jika anda tidak memberi bekerjasama. Kekerapan sesi terapi tingkah laku kognitif boleh menjadi satu cabaran jika anda mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selain itu, disebabkan oleh terapi tingkah laku kognitif yang sangat berstruktur, ia mungkin bukan pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai masalah mental yang rumit atau kesukaran belajar. Ramai orang takut dengan terapi tingkah laku kognitif kerana ia memaksa mereka untuk menghadapi punca kegelisahan mereka. Sekiranya anda memilih jenis terapi ini, anda harus bersedia untuk tempoh awal ketakutan dan ketidakselesaan. Satu lagi kelemahan penting ialah terapi tingkah laku kognitif tidak menangani isu-isu lain yang mungkin memberi impak besar kepada pesakit seperti keluarga dan faktor sosial.

    Sebaiknya terapi tingkah laku kognitif adalah tidak sesuai untuk semua orang. Walaupun ia mungkin menjadi keajaiban untuk rakan-rakan anda, anda mungkin tidak mendapat manfaat daripadanya. Selain itu, terapi tingkah laku kognitif cenderung mensasarkan isu khusus dan bukannya sebabnya. Terapi memberi tumpuan kepada mengatasi masalah masa kini berbanding masalah masa lalu. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai keadaan mental akibat trauma zaman kanak-kanak mungkin tidak melihat banyak peningkatan daripada pengambilan terapi tingkah laku kognitif ini.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan