backup og meta

Telur Masin VS Telur Rebus: Yang Mana Satu Lebih Sihat Untuk Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/07/2020

    Telur Masin VS Telur Rebus: Yang Mana Satu Lebih Sihat Untuk Anda?

    Telur rebus adalah antara makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

    Antara jenis telur rebus yang biasa dimakan selain telur rebus biasa adalah telur masin yang biasa menggunakan jenis telur itik dalam pembuatannya.

    Manakala untuk telur rebus biasa, telur ayam sering menjadi pilihan untuk direbus.

    Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa telur rebus mengandungi kandungan nutrisi dan manfaatnya yang tersendiri dan jauh lebih menyihatkan berbanding telur goreng atau telur masin?

    Telur direbus atau digoreng: mana lebih baik?

    Sememangnya adalah telur rebus.

    Telur rebus dihasilkan dengan meletakkan telur ke dalam periuk yang dipenuhi dengan air biasa, kemudian dididihkan atau direbus sehingga kuning telur menjadi padat atau keras.

    Telur rebus dimasak tanpa menggunakan sebarang mentega atau minyak tambahan.

    Sebaliknya, telur goreng memerlukan mentega tambahan atau minyak, yang menyumbang tambahan kandungan kalori dan lemak.

    Sebagai contoh, sebiji telur rebus mempunyai sebanyak 77 kalori dan 5.3 gram lemak, berbanding 90 kalori dan 7 gram lemak dalam sebiji telur yang digoreng.

    Selain daripada kandungan lemak dan kalori, telur rebus dan goreng mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang sama.

    Keduanya tidak mempunyai perbezaan dalam jumlah protein dan nutrien.

    telur masin

    Bagaimana pula dengan telur masin? 

    Telur masin sepertimana namanya, adalah telur yang telah diasinkan dan biasanya menggunakan telur itik.

    Terdapat juga di sesetengah lokasi yang menggunakan selain daripada telur itik seperti telur ayam.

    Secara umumnya, proses pemasinan telur dilakukan untuk mengekalkan kesegaran telur bagi kegunaan masa hadapan.

    Telur itik masin sangat popular di China dan negara-negara Asia Selatan yang lain seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. 

    Telur masin tinggi kandungan natrium

    Natrium atau garam adalah sejenis mineral yang merupakan elektrolit.

    Natrium ini diperlukan oleh tubuh untuk menjaga keseimbangan elektrolit tubuh, menjaga kadar air di dalam dan di luar sel tubuh, selain menolong terhadap fungsi otot dan saraf.

    Jarang sekali terdapat individu yang mengalami kekurangan kandungan natrium dalam tubuh, kecuali bagi individu yang mengalami cirit-birit, kekurangan zat, dan kegagalan jantung.

    Sebaliknya, pengambilan terlalu banyak kandungan natrium hanya akan mendedahkan tubuh badan anda kepada pelbagai risiko masalah kesihatan lain seperti darah tinggi atau hipertensi.

    Makanan yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi bermaksud mempunyai kandungan garam yang tinggi.

    Ia boleh terdapat sama ada daripada makanan siap saji, makanan yang diproses atau snek.

    Telur masin termasuk di antara kelompok makanan yang tinggi dengan kandungan garam.

    Dengan kata lain, pengambilan terlalu banyak telur masin memberikan risiko yang mengganggu kesihatan anda.

    Untuk menghindari kemungkinan berlakunya hipertensi atau tekanan darah tinggi, anda disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan garam termasuklah telur masin secara sederhana.

    telur masin

    Berapa banyakkah pengambilan yang dianggap sebagai terlalu banyak?

    Menurut Dr Kalpana Bhaskaran, pengurus di Nutrition  Research dan ketua Glycemic Index Research Unit di School of Applied Science, Temasek Polytechnic, Singapura, pengambilan satu kuning telur masin menyumbangkan kepada 187 mg kolesterol, yang merupakan lebih daripada setengah pengambilan yang dianjurkan iaitu 300 mg sehari.

    Untuk kandungan garam pula, pengambilannya hendaklah sebanyak 2,000 mg atau satu (5g) sudu teh atau kurang daripada itu setiap hari.

    Satu kuning telur masin mengandungi sebanyak 680 mg garam, kira-kira satu pertiga daripada pengambilan yang disyorkan.

    Beliau turut memberikan amaran, bahawa apabila kuning telur masin digunakan dalam penyediaan resipi, satu bahagian makanan boleh mengandungi lebih daripada satu kuning telur masin dan ini meningkatkan pengambilan kolesterol melebihi apa yang disyorkan.

    Selain itu, makanan lain yang dimakan dalam diet harian juga akan menyumbang kepada tahap kolesterol yang lebih tinggi.

    Selain meningkatkan tekanan darah, pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan kesan buruk yang lain, seperti gastrik dan kanser; ia memburukkan lagi penyakit buah pinggang, mencetuskan serangan asma, osteoporosis, memburukkan lagi pengekalan cecair, dan calculi buah pinggang.

    Diet yang mengandungi jumlah makanan yang diawetkan dengan menggunakan garam dan penjerukan yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser perut, hidung dan tekak.

    Untuk tahu dengan lebih mendalam, sila berjumpa dengan pakar nutrisi anda ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan