backup og meta

Tatarias Kuku & Perawatan Kaki di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    Tatarias Kuku & Perawatan Kaki di Rumah

    Ada apa dengan sesi tatarias kuku dan perawatan kaki professional yang membuatkannya pengalaman yang sangat terapeutik? Dengan hanya satu jam di salun kuku, anda terasa seperti menjadi wanita baru. Walau bagaimanapun, adakah anda sentiasa mempunyai wang atau masa yang cukup untuk kerap memanjakan jari tangan dan kaki anda? Kini anda boleh melakukan tatarias kuku dan perawatan kaki sendiri jika anda mempunyai peralatan yang betul.

    Apa yang anda perlukan

    • Tab plastik atau besen;
    • Syampu bayi;
    • Garam laut / garam batu – 1 sudu besar;
    • Lemon – 1;
    • Beberapa kelopak mawar (pilihan);
    • Dettol / sabun cecair anti-bakteria – 2-3 titis;
    • Pencuci pengilat kuku;
    • Kapas;
    • Pemetik kuku/ gunting;
    • Pengikir kuku (biasanya ada bersama pemotong kuku);
    • Berus kuku;
    • Kayu oren;
    • Krim kutikel;
    • Pinset kutikel;
    • Pelembap;
    • Lapisan asas;
    • Pengilat kuku;
    • Lapisan atas (pilihan).

    Langkah 1: Mulakan dengan kuku yang bersih

    Sebelum anda bermula, pastikan kuku tangan dan kaki anda digilap dengan pencuci tanpa aseton-(aseton boleh menjadi sangat keras!). Seterusnya, perlahan-lahan bentukkan kuku anda kepada kepanjangan dan bentuk yang anda inginkan dengan menggunakan pengepit dan pengikir kuku. Adalah lebih baik untuk menggunakan pengikir kuku kristal kerana ia boleh membentuk kuku sekalipun kuku paling halus dan mengelakkan terserpih, tidak seperti pengikir papan biasa yang dibuat daripada emeri kerana boleh merosakkan kuku. Kemudian, licinkan permukaan kuku anda dengan blok buffing. Akhiri dengan permukaan blok buffing yang licin untuk kuku yang bersinar.

    Langkah 2: Rendam dan skrub

    Rendam tangan selama dua hingga tiga minit, dan kaki selama lima minit. Sekarang, masa untuk skrub! Campuran satu sudu gula dan satu gel minyak bayi membantu menyingkirkan sel kering dan mati dengan mudah. Baunya sedap dan menjadikan kulit terasa seperti sutera. Bilas dan lap sehingga kering.

    Langkah 3: Penjagaan kutikel anda

    Lembutkan kutikel anda dengan menggosok sedikit minyak ke atasnya. Kayu oren membantu mendapatkan bentuk yang cantik. Anda juga boleh menggunakan alat ini untuk membersihkan dan membuang kotoran dari bawah kuku. Sekarang bahagian yang menyeronokkan … urutan! Dapatkan pelembap yang kaya dengan vitamin dan sapukan. Jangan lupa tumit dan kutikel anda! Kebanyakan pakar dermatologi mengesyorkan produk pelembap tebal, seperti salap atau krim, untuk hasil yang terbaik. Walau bagaimanapun, sesetengah doktor mengatakan bahawa  tidak praktikal untuk selalu menggunakan produk tebal seperti jeli petroleum setiap hari. Oleh itu, anda perlu mempunyai beberapa alternatif untuk digunakan sewaktu anda aktif. Sebelum berpindah ke langkah empat, lapkan dasar kuku untuk menyingkirkan sebarang minyak dan pelembap dengan penghilang penggilap bukan aseton. Kunci untuk penggilap tahan lama adalah kuku yang sangat bersih!

    Langkah 4: Jangan lupa lapisan asas

    Untuk membuat lapisan pengilap kuku kelihatan licin, lapisan asas hendaklah digunakan. Satu lapisan nipis sudah mencukupi.

    Langkah 5: Masa untuk mengilat

    Sapukan lapisan asas pertama dan biarkan ia kering. Kemudian terus dengan lapisan kedua pengilat kuku yang anda inginkan. Seterusnya, sapukan lapisan akhir yang nipis, yang akan membantu pengilat kuku anda tahan lebih lama. Untuk melakukannya secara profesional (seperti yang anda idamkan), sapu pengilat kuku pada bahagian tengah dahulu, kemudian bahagian sisi. Perkara yang paling penting adalah untuk membuat lapisan senipis mungkin, yang akan membantu pengilat tahan lebih lama dan lebih cepat kering.

    Langkah 6: Teruskan bersinar

    Mengenakan lapisan atas membantu menambah sinar. Ia juga melicinkan sebarang kecomotan atau cela. Anda hanya memerlukan satu lapisan atas untuk membaikinya. Untuk menyegarkan kembali penampilan kuku anda sepanjang minggu, pertambahan satu lapisan lagi akan membuat perbezaan yang besar.

    Langkah 7: Sempurnakannya

    Akhir sekali, untuk mendapatkan penampilan yang baik dan sempurna, balut kayu oren dalam kapas, celupkan dalam pembersih pengilat dan padamkan kesan yang terkena pada kulit.

    Jika anda tidak berniat hendak mengilat kuku anda, biarkan sahaja atau selesaikan dengan buffer kuku.

    Mari kita ikuti langkah-langkah mudah ini sekali dalam sebulan untuk mencantikkan tanan dan kaki anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan