backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kemunculan Tahi Lalat Pada Kulit, Benarkah Jika Ia Juga Merupakan Tanda Kanser?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/08/2023

    Kemunculan Tahi Lalat Pada Kulit, Benarkah Jika Ia Juga Merupakan Tanda Kanser?

    Walaupun ia satu keadaan normal pada kulit, tidak kurang ramai yang percaya bahawa tahi lalat tanda kanser. Adakah kenyataan ini benar atau tidak? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan tahi lalat?

    Sebelum pergi lebih jauh, wajar untuk kita tahu terlebih dahulu apa itu tahi lalat yang sebenarnya.

    Ia adalah kondisi kulit yang dikenali dalam bahasa perubatannya sebagai nevus melanositik dan biasa terjadi kepada individu terutamanya semasa awal usia kanak-kanak.

    Pun begitu, ia juga boleh berlaku kepada invididu yang telah dewasa. 

    Kondisi kulit ini akan menyebabkan kemunculan bintik atau bonjol yang berwarna hitam atau coklat. Ia boleh timbul pada muka dan mana-mana sahaja bahagian tubuh badan.

    tahi lalat tanda kanser

    Ia selalunya bersifat kekal namun mungkin boleh berubah warna, bentuk dan ukuran atau mungkin boleh hilang seiring dengan perjalanan usia, bergantung kepada individu.

    Benarkah jika tahi lalat tanda kanser?

    Ini merupakan persoalan yang sering kali dikaitkan dengan kondisi kulit ini. Sebenarnya, kebanyakan kondisi kulit ini adalah tidak berbahaya.

    Pun begitu, mungkin benar tahi lalat tanda kanser kulit. Persoalannya, bagaimanakah untuk membezakannya?

    Menurut kajian American Cancer Society, individu yang memilikinya lebih banyak pada tubuh badan adalah lebih berisiko untuk menghidapi kanser kulit atau melanoma berbanding mereka yang kurang memilikinya.

    Namun, ini hanya sebuah teori yang belum lagi terbukti kesahihannya!

    Menurut statistik JAMA Dermatology pula, individu yang memiliki lebih daripada 50 bilangan tahi lalat pada tubuh badan menunjukkan penurunan yang sangat drastik bagi jumlah penyakit kanser kulit.

    Menurut Alan C. Geller yang merupakan pensyarah Harvard TH Chan School of Public Health di Boston, kanser kulit boleh berlaku kepada setiap individu, tidak kira mereka mempunyai bilangan tahi lalat yang banyak ataupun sedikit.

    tahi lalat tanda kanser

    Maka, ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa jumlah kondisi kulit ini adalah tidak langsung mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser kulit

    Pun begitu, keberadaan tahi lalat pada kulit, masih boleh menjadi petanda kanser kulit. Persoalannya, bagaimanakah untuk membezakannya dengan tahi lalat yang normal?

    Bagaiamanakah ciri tahi lalat tanda kanser?

    Kanser kulit kebiasaannya akan mula muncul dengan bintik atau bonjol berwarna gelap yang memang mirip dengan tahi lalat yang biasa serta berkembang dengan sangat cepat pada kulit.

    Penyakit yang berbahaya ini boleh dihidapi oleh individu tidak kira pada kawasan kulit yang pernah memiliki tahi lalat, atau dari tahi lalat yang berubah warna, bentuk atau ukurannya.

    Dalam beberapa kes, kanser kulit ini akan menyebabkan kulit berwarna seakan kemerahan, kegatalan dan pendarahan yang agak teruk.

    Jadi, bagaimanakah cara yang paling efektif untuk anda mengesan kanser kulit berlaku kepada anda

    Jadi, kena selalu periksa kulit anda!

    Tidak ada cara lain yang lebih efektif melainkan anda periksa kulit anda sendiri.

    Caranya, periksa pada tahi lalat anda. Pastikan jika ada berlaku sebarang perubahan padanya ataupun sama ada ia sudah lama muncul atau baru sahaja muncul pada kulit anda.

    tahi lalat tanda kanser

    Antara tanda ia bersifat kanser adalah kemunculannya yang baru pada mana-mana bahagian tubuh badan kita. Namun kebiasaannya, ia akan muncul pada muka, tangan, kaki atau punggung.

    Pun begitu, ia mempunyai beberapa perbezaan berbanding yang biasa, iaitu:

  • Ia mempunyai 2 atau lebih warna yang berbeza
  • Bahagian tepinya tidak rata atau hujungnya adalah seperti bergerigi
  • Ia akan menyebabkan kemerahan, kegatalan, pembengkakan atau pendarahan
  • Ia membesar dengan lebih cepat
  • Penyebab tahi lalat muncul tiba-tiba mungkin boleh jadi indikator untuk menentukan sama ada ia bersifat kanser atau tidak.

    Pun begitu, teori tahi lalat tanda kanser itu masih satu teori dan dan belum tentu lagi satu kepastian.

    Jadi segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mungkin rawatan susulan yang lebih lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan