backup og meta

Kulit Anda Jenis Berminyak? Jauhi Tabiat Buruk Ini Jika Mahu Kulit Lebih Cantik

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/01/2022

    Kulit Anda Jenis Berminyak? Jauhi Tabiat Buruk Ini Jika Mahu Kulit Lebih Cantik

    Minyak pada kawasan kulit membantu melindunginya, memastikannya sihat dan melawan tanda-tanda penuaan, namun ramai orang mengalami minyak berlebihan. Kulit berminyak boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan menyebabkan jerawat dan masalah lain. Namun, apakah punca kulit berminyak?

    Terdapat pelbagai rawatan yang boleh anda lakukan di rumah dan di bawah pengawasan doktor untuk membantu melawan masalah ini. Pastikan anda tidak menyumbang kepada masalah ini dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan berikut:

    4 Perkara yang menyebabkan kulit penuh minyak

    Kerap membasuh muka hingga kulit kering

    kulit berminyak

    Membasuh muka boleh menyingkirkan minyak dan membuat kulit berasa lebih ketat, licin, dan segar. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah ini biasanya terlebih  mengeringkan kulit mereka.

    Kulit memerlukan minyak semula jadi, dan terlebih membasuh memberi kesan kepada kelenjar minyak dan membuatkannya bertindak balas dengan cuba mengimbangi minyak wajah yang disingkirkan dengan menghasilkan lebih banyak minyak lantas menyebabkan kulit anda tersumbat, liang roma membesar dan menyebabkan jerawat.

    Dermatologi mengesyorkan mencuci muka hanya dua kali sehari: sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

    Anda boleh menggunakan pembersih muka asas untuk mengurangkan kulit berminyak dan boleh menambah cucian ketiga jika anda bekerja sehingga banyak berpeluh.

    Anda juga boleh mencuba produk yang mengandungi asid salisilik, asid glycolic, atau benzoyl peroksida yang boleh mengawal minyak pada kulit anda dan mencegah jerawat.

    Terlebih pelembap membuatkan kulit berminyak

    kulit berminyak

    Mereka yang kulit berminyak sering menggunakan pelembap yang terlalu berat, atau yang tidak sesuai sama sekali. Untuk 10 minit pertama selepas mencuci muka, semua orang akan merasa kering dan ketat. 

    Selepas 20 minit, kelenjar minyak merembeskan semula minyak pada kulit, jadi anda perlu menunggu 20 hingga 30 minit untuk melihat jika anda benar-benar memerlukannya.

    Ini merupakan salah satu punca kulit berminyak. Daripada menggunakan krim tebal, minyak atau salap berminyak, anda boleh cuba pelembap bebas minyak, serum atau cecair.

    Jenis ini kebiasaannya mengandungi gliserin dan humektan (bahan pelembap) yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak.

    Menggunakan pencuci muka yang salah

    kulit berminyak

    Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjauhkan diri dari pencuci berkrim atau berasaskan minyak. Pencuci muka berasaskan buih-adalah yang terbaik kerana bahan-bahannya menyingkirkan minyak dari wajah anda, tetapi tidak mengeringkannya.

    Cari pencuci yang berkesan. Gunakan, pencuci larut air yang lembut untuk membersihkan muka anda pagi dan malam.

    Sebaik-baiknya, pencuci perlu dibilas tanpa meninggalkan sebarang sisa, tidak mengandungi agen pembersihan yang mengeringkan (seperti sodium lauryl sulfate yang mengeringkan kulit), dan harus bebas wangian (wangian selalunya meradangkan kulit).

    Menggunakan bahan yang salah 

    Terdapat beberapa sebab utama mengapa kulit bertindak balas secara negatif kepada produk. Produk tidak dirumus dengan bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit anda, seperti alkohol atau wangian.

    Kedua, anda menggunakan produk yang salah untuk jenis kulit anda. Sebagai contoh, dengan menggunakan produk menyerap minyak sedangkan kulit masalah kering, menggelupas atau menggunakan produk terlalu emolien apabila kulit berminyak dan jerawat adalah masalahnya.

    Banyak produk yang mengandungi asid dipasarkan sebagai produk penjagaan muka berjerawat. Produk tersebut sesuai untuk mereka yang yang mempunyai jerawat, mahupun mereka yang hanya mempunyai masalah kulit berminyak.

    Anda juga boleh menggunakan beberapa produk dan melihat bagaimana kulit anda bertindak balas. Anda boleh cuba menggunakan produk mengandungi asid seperti asid salisilik, benzoyl peroksida, asid glycolic, atau asid beta-hydroxy.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan