backup og meta

AWAS, Si Kecil Juga Boleh Menjadi Mangsa Jangkitan HPV! Ini Antara Simptomnya...

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/03/2024

    AWAS, Si Kecil Juga Boleh Menjadi Mangsa Jangkitan HPV! Ini Antara Simptomnya...

    Jangkitan virus papilloma manusia  (HPV) lebih dikenali sebagai penyebab kepada kanser servik dan ketuat genital. Bayi atau kanak-kanak juga boleh mendapat jangkitan HPV. Tetapi apakah antara simptomnya? Adakah kutil pada bayi dan kanak-kanak boleh menjadi antara gejalanya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kutil pada bayi berpunca daripada jangkitan HPV?

    Kanak-kanak boleh dijangkiti HPV disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses kelahiran bayi yang lewat.

    Penularan jangkitan HPV terjadi antara ibu dan bayi ini tidak selalunya berlaku. Ini kerana sistem kekebalan tubuh bayi boleh membasmi jangkitan apa-apa virus. Tetapi sekiranya ibu dijangkiti virus ini, bayi juga berisiko mengalaminya menerusi proses kelahiran normal.

    Kebiasaannya doktor akan melakukan ujian saringan pada bayi yang baru dilahirkan untuk mengenal pasti sama ada bayi terkana virus HPV atau tidak.

    Simptom jangkitan HPV

    1. Ketuat/ kutil pada bayi

    Simptom jangkitan HPV pada anak biasanya disertai dengan kemunculan kutil pada tubuh. Kutil biasanya muncul di mana-mana bahagian tubuh termasuk di kemaluan dak sekitarnya. Kutil yang ada pada bayi umumnya akibat penderaan seksual.

    kutil pada bayi

    Kutil merupakan simptom jangkitan HPV kanak-kanak yang biasanya kelihatan seperti luka dan benjolan seperti daging yang menonjol.

    Bagi perempuan, ketuat genital jarang muncul di vulva, tetapi boleh muncul berhampiran dubur, pada servik atau permukaan faraj.

    Manakala bagi kanak-kanak lelaki, kutil boleh muncul pada penis, buah zakar atau sekitar anus.

    Keadaan ini menyebab ketidakselesaan, kesakitan, dan gatal pada bahagian dijangkiti

    2. Mata kemerahan/Konjungtivitis

    Selain kutil, kanak-kanak atau bayi yang mempunyai simptom jangkitan HPV juga boleh mengalami mata merah akibat konjungtivitis. Ini juga dikenali sebagai ophthalmia neonatorum pada bayi. Ciri-cirinya adalah warna mata merah dan jangkitan pada lapisan kelopak mata bayi anda.

    Bagi bayi yang baru lahir, keadaan ini boleh menyebabkan pembengkakan kelopak mata, pendarahan atau sembap. Ini boleh berlaku satu hingga dua minggu selepas kelahiran.

    Keadaan ini jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan buta. Anda perlu berjumpa doktor jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda konjunktivitis.

    3. Masalah saluran pernafasan, simptom jangkitan HPV selain kutil pada bayi

    Papilloma laryngeal (HPV berhubung dengan pangkal tekak) adalah simptom jangkitan HPV pada kanak-kanak yang menyebabkan pembentukan kutil di dalam kerongkong dan dalam pita suara kanak-kanak.

    Walaupun sangat jarang berlaku, keadaan ini menghadkan pernafasan dan berpotensi mengancam kehidupan bayi yang baru lahir.

    Rawatan untuk papilloma laryngeal ini mesti menggunakan pembedahan laser secara tetap untuk menghilangkan kutil yang boleh mencetuskan masalah pernafasan.

    Papillomal laryngeal pada umumnya boleh dikesan dari kelahiran. Kutil juga boleh berkembang sehingga lima tahun selepas bayi anda dilahirkan.

    kutil pada bayi

    Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk membawa bayi berjumpa doktor jika mengalami masalah pernafasan selama beberapa tahun pertama dalam hidupnya.

    Bagaimana mencegah jangkitan HPV?

    Pengambilan vaksinasi HPV boleh mencegah kanser serviks, penyakit kelamin serta jangkitan HPV yang lain. 

    Bagi orang dewasa yang merancang untuk hamil, vaksin HPV adalah salah satu perkara penting untuk mencegah bayi anda dijangkiti HPV semasa kelahiran. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan semua kanak-kanak dan dewasa berusian 13-26 tahun perlu menerima vaksin HPV. Vaksin ini juga boleh diambil oleh wanita yang berusia sehingga 45 tahun bagi langkah pencegahan.

    Selain itu, amalan hubungan seksual yang sihat dengan menggunakan kondom dan elakkan bertukar pasangan juga adalah penting.

    Wanita juga disarankan untuk menjalani ujian saringan secara berkala bagi mengesan gejala kanser serviks yang boleh disebabkan oleh virus HPV ini dengan lebih awal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan