backup og meta

Betul Ke Suplemen Ubat Jambang Berkesan & Boleh Buat Anda Sekacak Aeril Zafrel?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/07/2020

    Betul Ke Suplemen Ubat Jambang Berkesan & Boleh Buat Anda Sekacak Aeril Zafrel?

    Bukan sahaja wanita, lelaki juga sebenarnya sangat mementingkan penampilan. Kini, trend lelaki berjambang adalah sangat hangat. Disebabkan itu juga, penjualan suplemen tumbuh jambang juga kian meningkat laris.

    Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada produk ini sebenarnya adalah berkesan atau tidak? Jom kita kuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Sejauh manakah keberkesanannya?

    Kebanyakan suplemen tumbuh jambang di pasaran hari ini diiklankan dengan keupayaan menumbuhkan jambang tetapi tidak langsung menunjukkan bukti saintifik.

    Sebenarnya, tidak terdapat sebarang suplemen yang mampu menumbuhkan jambang jika lelaki itu memang tidak mempunyainya dari awal lagi.

    Vitamin dan mineral yang wujud di dalamnya hanya akan menggalakkan pertumbuhan jambang yang sudah sedia ada pada muka anda.

    Punca utama lelaki tidak berjambang adalah genetik, kondisi kulit dan rendah hormon testosteron. Jika genetik merupakan sebab anda tidak berjambang, suplemen tidak akan membantu. Namun begitu, jika ia disebabkan oleh kekurangan nutrien, suplemen tumbuh jambang tersebut mungkin akan membantu.

    Apa yang perlu ada dalam suplemen tumbuh jambang?

    kedai gunting rambut

    Sebenarnya, penjagaan diri perlu bermula dari dalam. Apabila ia digabungkan dengan rutin kesihatan, suplemen tumbuh jambang yang bagus akan membantu anda menumbuhkan jambang yang diingini.

    Untuk mencari suplemen tumbuh jambang yang lebih berkesan, carilah yang mempunyai kandungan berikut:

    Beta-karotena. Ia boleh ditukarkan menjadi vitamin A apabila dicernakan oleh tubuh badan anda. Nutrien ini akan merangsang penghasilan sebum, yang mampu melindungi kulit melawan kekeringan lalu menyediakan persekitaran yang baik untuk jambang tumbuh.

    Vitamin D. Vitamin dari cahaya matahari ini sangat penting untuk membantu pertumbuhan rambut sambil menghalang pertumbuhan rambut tumbuh ke dalam. Ia sangat diperlukan untuk menumbuhkan jambang terutamanya individu yang hidup di kawasan beriklim sejuk.

    Biotin. Keratin adalah protein yang banyak dijumpai dalam rambut. Asid amino adalah faktor utama protein sementara biotin atau vitamin B7, akan membantu penghasilan asid amino dalam badan anda. Pengambilan biotin yang banyak akan meningkatkan kelajuan pertumbuhan jambang.

    Asid Folik. Nutrien ini membantu tisu dan sel anda kekal sihat, yang penting untuk pertumbuhan jambang.

    misai

    Vitamin B12. Vitamin B12 atau cobalamin adalah vitamin yang penting untuk saraf dan sel darah. Ia membantu menguatkan sistem metabolisme dan mengeluarkan jambang yang kuat.

    Vitamin C. Badan anda memerlukan vitamin C untuk menyerap kolagen dan protein sistesis. Mengambil vitamin ini sangat penting untuk pertumbuhan jambang.

    Vitamin E. Vitamin ini membantu menguatkan folikel rambut sekali gus mencipta persekitaran pertumbuhan jambang.

    Zink. Zink sangat berkesan untuk mengekalkan tahap testosteron. Memandangkan kadar testosteron rendah akan menjejaskan kemampuan anda untuk menumbuhkan jambang, zink boleh membantu.

    Terdapat juga pelbagai lagi bahan-bahan yang terdapat dalam suplemen tumbuh jambang ini seperti cysteine, asid amino yang mengandungi sulfur dan resepi ayurvedic.

    Pling penting, jangan lupa untuk rujuk terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis suplemen tumbuh jambang okay!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Kredit gambar: Astro Awani

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan