backup og meta

Gemar Melakukan Scrub Muka & Badan? Jangan Berlebihan Atau Ini Akibat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/10/2022

    Gemar Melakukan Scrub Muka & Badan? Jangan Berlebihan Atau Ini Akibat!

    Pernahkah anda melakukan rawatan scrub muka dan badan? Apakah manfaat tabiat ini? Adakah sekadar untuk rawatan kecantikan atau ada kebaikan kesihatan yang lain juga?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Skrub, tabiat yang ada manfaat?

    Setiap hari, kulit kita akan bekerja keras untuk melindungi badan daripada pelbagai bahan asing yang berisiko untuk masuk ke dalam badan melalui kulit.

    Kulit secara asasnya akan bertindak sebagai ‘penapis’ yang akan menghalang sebarang benda dan bahan asing daripada memasuki liang pori pada kulit.

    Jadi apakah yang akan berlaku kepada bahan asing yang terperangkap pada ‘penapis’ kulit itu? 

    Kebiasaannya, segala bahan asing atau lebih mudah ditafsirkan sebagai kekotoran akan berakhir pada permukaan kulit.

    Jadi untuk menjaga kulit dan tahap kesihatannya, proses scrubbing, atau pengelupasan (exfoliate) adalah perlu untuk dilakukan secara rutin, tidak kira sama ada skrub muka atau badan. 

    scrub muka

    Manfaat scrub muka dan badan

    Secara umumnya, seorang individu dewasa akan menyingkirkan 50,000 sel kulit mati setiap minit sebagai sebahagian proses penghasilan semula sel kulit baru (cell regeneration process).

    Namun, tanpa anda sedari, sel kulit mati ini selalunya akan menyumbat liang pori yang akhirnya akan menyebabkan masalah kulit seperti cela dan jerawat. 

    Proses rawatan scrub muka mahupun badan ini, dapat membantu kulit untuk menyingkirkan sel kulit mati dari luar dan sekali gus memastikan kotoran lain turut disingkirkan.

    Sebagai rawatan kecantikan, skrub akan menjadikan kulit untuk kelihatan lebih berseri dan sihat. 

    Selain berperanan untuk menjadi kulit lebih sihat, scrub muka dan badan juga berperanan untuk mencegah dan melawan penuaan.

    Scrub muka berlebihan boleh rosakkan kulit?

    Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan dan rawatan kecantikan muka yang berkesan untuk memastikan liang pori bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu sel sihat pada kulit anda.

    Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka setiap selang sehari atau hanya sekali seminggu.

    Pun begitu, penggunaan skrub muka berlebihan boleh menyebabkan micro tear kepada kulit anda dan mendedahkannya kepada pencemaran persekitaran dan radiasi berbahaya daripada matahari.

    Tanpa mengira berapa kerap anda menggunakan scrub muka, terdapat tanda-tanda penggunaan skrub muka berlebihan yang perlu anda ketahui.

    scrub muka

    1. Kemerahan dan kerengsaan

    Kulit muka anda mungkin sedikit merah sejurus selepas penggunaan skrub muka, tetapi jika wajah anda kekal merah berjam-jam bahkan sehingga keesokan harinya, ini mungkin bermakna anda perlu mengurangkan kekerapan penggunaan.

    Jika kulit anda berasa gatal-gatal atau anda mengalami sensasi terbakar apabila menggunakan pengelupas kimia, ini menandakan bahawa lapisan penghadang kulit anda telah rosak disebabkan pengelupasan. 

    2. Kulit kian kering dan mengelupas

    Dengan jenis kulit kering, kombinasi dan kulit biasa, terlebih pengelupasan boleh menyebabkan kulit anda semakin kering dan bahkan mula mengelupas.

    Sekiranya anda mendapati bahawa anda mengalami tompok kering, sering menggunakan lebih banyak pelembap, atau mula mengalami kulit mengelupas di mana-mana bahagian muka anda, ini bererti anda perlu berehat daripada menggunakan produk pengelupasan.

    Dan, jangan sesekali menggunakan scrub untuk menyingkirkan kulit mengelupas kerana anda akan memburukkan keadaan.

    scrub muka

    3. Peningkatan minyak di muka

    Bagi kulit berminyak dan kombinasi serta sesetengah kulit normal, perkara yang sebaliknya boleh berlaku.

    Kulit anda mungkin menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa.

    Ini adalah kerana pengelupasan boleh mengeringkan dan melemahkan kulit anda, dan dengan itu kulit anda cuba mengimbanginya dengan menghasilkan minyak berlebihan untuk melindungi dan menghidratkannya semula.

    4. Jerawat

    Percaya atau tidak, terlebih pengelupasan sebenarnya merupakan antara sebab utama berlaku jerawat, atau mengapa jerawat sukar hilang.

    Walaupun pengelupasan secara sederhana adalah cara yang baik untuk mencegah jerawat melalui penyingkiran kotoran daripada liang roma, tetapi pengelupasan juga berlebihan boleh melemahkan lapisan penghadang kulit.

    5. Kulit berkilat

    Anda mungkin menganggap kulit berkilat sebagai tanda positif selepas pengelupasan.

    Sebaliknya, kulit yang kelihatan sihat berseri dan terhidrat tidak sama dengan kulit berkilat.

    Kulit berkilat selepas pengelupasan boleh bererti bahawa kulit anda dilucutkan tekstur semula jadinya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan