backup og meta

4 Bahan Semula Jadi Untuk Kulit Cantik & Berseri, Tak Payah Lagi Pakai Produk Mahal!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2021

    4 Bahan Semula Jadi Untuk Kulit Cantik & Berseri, Tak Payah Lagi Pakai Produk Mahal!

    Mempunyai kulit yang sihat dan berseri adalah apa yang diinginkan oleh semua orang. Makanya, dalam artikel ini kami kongsikan makanan untuk kulit cantik tanpa memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan kembali keanjalan kulit wajah.

    Jom teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit sila dapatkannya di sini.

    Makanan untuk kulit cantik #1. Madu

    makanan untuk kulit cantik

    Untuk menjadikan kulit kelihatan licin dan lembap, anda boleh menggunakan madu sebagai topeng muka (mask).

    Madu tidak hanya melembapkan, tetapi ia juga melawan bakteria dan jangkitan dengan sangat berkesan. Madu juga sangat baik untuk orang yang mengalami jerawat.

  • Sapu madu terus ke kulit anda, biarkan ia kering secara semula jadi dan basuh muka menggunakan air suam. Ramuan ini boleh digunakan setiap hari.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh menggabungkan madu dengan dua sudu susu dan satu sudu teh tepung. Ramuan ini juga akan membuatkan kulit anda menjadi lebih berseri.
  • Makanan untuk kulit cantik #2. Daun lidah buaya

    Lidah buaya telah diketahui sangat baik untuk kulit. Ia mengandungi sifat antibakteria yang dapat menyembuhkan jerawat, zat-zat astringen untuk penyembuhan bekas luka dan sifat anti-radang yang dapat meredakan kulit beriritasi. Selain itu, lidah buaya juga melembapkan kulit dengan baik.

    • Sapu Ekstrak gel daripada daun lidah buaya menggunakan bebola kapas. Biarkan ia kering secara semula jadi selama setengah jam, kemudian bilas dengan air suam. Ramuan ini boleh digunakan beberapa kali seminggu.

    Makanan untuk kulit cantik #3. Serbuk penaik

    Serbuk penaik mengekalkan tahap pH yang sesuai pada kulit, mengandungi bahan antiseptik ringan dan anti-radang yang boleh sembuhkan jerawat serta bintik-bintik.

    Ia juga boleh digunakan sebagai pengelupasan untuk menghilangkan semua kotoran, sel kulit mati dan solekan yang tersisa di wajah anda.

    1. Anda boleh membuat mask dengan satu sudu teh serbuk penaik dan satu sudu teh jus lemon atau air. Sapukan pada kulit anda, biarkan ia kering secara semula jadi, kemudian perlahan-lahan membasuhnya dengan air suam. Anda boleh menggunakan ramuan ini dua atau tiga kali seminggu supaya kulit kelihatan licin dan bertenaga.
    2. Sebagai alternatif, anda boleh menggantikan jus lemon atau air dengan madu mentah untuk meningkatkan kesan penyembuhan bagi kulit jerawat. Sapu campuran secara langsung ke kulit anda, dengan perlahan mengurut wajah dalam gerakan bulat selama satu minit. Kemudian basuh dengan air suam. Akhir sekali, percik air sejuk ke muka untuk menutup liang pori.

    Timun

    makanan untuk kulit cantik

    Timun sangat baik dalam menghidrat, menyuburkan dan memperbaiki sel kulit mati. Di samping itu, ia juga mempunyai bahan astringen yang boleh memperbaiki keadaan keseluruhan kulit dan mengeluarkan sel-sel kulit mati.

    • Pilih timun yang segar, bersihkan dengan teliti dan potong mengikut kepingan tebal. Gosokkan kepingan timun pada seluruh kulit anda supaya ia dapat menyerap gel timun. Biarkan ia kering secara semula jadi semalaman, kemudian basuhnya dengan air suam pada waktu pagi. Ramuan ini boleh digunakan setiap hari sebelum tidur.
    • Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan jus timun bersama jus lemon untuk kegunaan harian.

    Amalkan ramuan mudah ini beberapa kali seminggu, anda akan mempunyai kulit yang sihat dan berseri dalam masa yang singkat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan