backup og meta

Rahsia Imej Diri

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Rahsia Imej Diri

    Imej diri anda adalah bagaimana anda melihat diri anda dan bayangan tentang bagaimana anda kelihatan. Ada masanya idea anda tentang bagaimana individu di sekeliling menilai anda turut mempengaruhinya.

    Pemikiran dan perasaan yang positif mengenai penampilan anda, dapat memberikan imej yang sihat, manakala pemikiran dan perasaan yang bersifat negatif akan mencipta imej yang tidak baik.

    Imej diri sihat

    Imej diri yang sihat bukan hanya berkisar tentang bagaimana rupa dan penampilan anda, tetapi ia juga berkenan perasaan anda tentang tubuh anda. Jika ada memiliki imej diri yang sihat, anda akan:

    Menerima diri seadanya. Anda tidak perlu menjadi kurus, atau tinggi atau mempunyai ciri-ciri fizikal khusus. Penampilan nad tidak sepatutnya memenuhi jangkaan masyarakat. Anda kenal tubuh anda, berbanggalah dengannya. Hargai keunikan dan cintailah perbezaan anda.

    Penampilan diri anda tidak melambangkan siapa diri anda sepenuhnya. Penampilan fizikal seseorang individu hanya menunjukkan sedikit tentang watak dan nilai seseorang.

    Imej diri lemah

    Imej sebegini akan muncul apabila seseorang individu merasakan tubuhnya tidak sesuai dengan apa yang diharapkan keluarga, sosial atau media. Ini antara masalah yang sering dihadapi kini kerana paparan dan standard kecantikan yang sering dilihat di media.

    Berbeza dengan individu yang berpuas hati dengan tubuh sendiri, individu yang memiliki imej diri yang tidak sihat ini sering merasa tidak berpuas hati. Ini kerana mereka tidak melihat diri mereka sepenuhnya.

    Sebaliknya individu dalam kategori ini apabila melihat cermin dan memandang diri mereka atau bahagian tubuh mereka sama ada lebih besar atau lebih kecil berbanding diri mereka yang sebenarnya.

    Individu dengan masalah ini sering merasa rendah diri, janggal dan malu tentang tubuh mereka. Ada masanya, kita semua akan merasai situasi ini. Tetapi jika pemikiran negatif seperti ini selalu berada di minda anda, anda mungkin menghadapi masalah. Dan ia boleh memberikan kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan anda.

    Kesan imej diri lemah

  • Mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental
  • Cenderung berdepan masalah kesihatan mental seperti anoreksia, bulimia, terlebih bersenam atau makan berlebihan. Efek dari kesan ini akan lebih serius.
  • Imej diri yang lemah akan menyebabkan seseorang individu berdiet. Jika anda mengalami masalah gangguan pemakanan, diet boleh menjadi antara sebab pencetusnya.
  • Kemurungan, kegelisahan, penyalahgunaan barang terlarang, dan akhirnya menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain.
  • Rasa rendah diri yang melampau dan mencetuskan masalah dalam perhubungan, tempat kerja dan dalam pelbagai aspek kehidupan yang memerlukan keyakinan. Ia akan menimbulkan rasa tidak bahagia, kemurungan.
  • Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki imej diri anda, tanpa perlu mengubah tubuh anda secara fizikal. Sentiasa tanam dalam ingatan bahawa imej diri bukan hanya berkisar tentang rupa dan penampilan, tetapi ia adalah berkaitan bagaimana anda rasakan tentang tubuh dan diri anda.

    Berbicaralah tentang imej diri anda dengan individu yang anda percayai seperti keluarga atau rakan. Seandainya perlu, anda boleh mendapatkan bantuan dari pakar terapi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan