Perlindungan daripada Kanser Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan

Menurut kajian, dalam setiap jam yang berlalu akan ada seorang yang meninggal akibat kanser kulit. Penyakit berbahaya ini dapat disembuhkan jika dijumpai pada peringkat awal. Bagaimanapun, ramai yang hanya mengetahui kewujudannya ketika di peringkat akhir. Mujurlah, terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk melindungi kulit anda dari faktor kanser dengan mengikut tip mudah namun berkesan ini.

Kanser kulit tidak lagi menjadi topik yang jarang didengari tetapi ramai yang tidak tahu cara pencegahannya. Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor daripada genetik hinggalah kepada faktor luaran. Salah satu penyebab utama kanser kulit ialah pendedahan radiasi ultraviolet (UV). Sinaran UV dikenali sebagai pembantu penghasilan vitamin D yang sihat tetapi pada masa yang sama, ia juga adalah ancaman kepada kulit.

Apabila anda menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran UV (seperti berjemur di bawah sinaran matahari), kulit anda mungkin akan mengalami keradangan atau melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit. Untuk menyembuhkan kerosakan, sel-sel imun akan meningkat di dalam saluran darah dan membuat sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap langkah pertama yang membawa kepada kanser kulit. Di samping itu, faktor lain seperti pendedahan kulit kepada bahan toksik dapat meningkatkan risiko mengalami kanser kulit.

Tips untuk melindungi kulit anda

Untuk melindungi kulit dari sinaran UV, ikuti tip mudah ini:

  • Elakkan keluar pada waktu puncak: Keluar di bawah pancaran matahari yang kuat boleh menyebabkan risiko kanser kepada kulit anda. Anda disyorkan untuk mengelakkan matahari pada waktu puncak (10 pagi-4 petang). Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan kulit semasa menjalani rawatan mencerahkan kulit dengan mencari naungan di bawah payung, pokok, atau tempat perlindungan yang lain.
  • Pakai pelindung matahari setiap hari: Pelindung matahari tidak menyaring semua sinaran UV yang berbahaya, terutama radiasi yang boleh menyebabkan melanoma. Tetapi ia memainkan peranan penting dalam keseluruhan kaedah perlindungan matahari. Walaupun pelindung matahari tidak dapat menutup sepenuhnya kulit anda dari UV yang berbahaya, ia cara yang paling berkesan  mengelakkan selaran matahari. Anda harus memilih pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi dengan fungsi perlindungan UVA dan UVB.
  • Pilih pakaian yang sesuai: Memakai pakaian yang sesuai adalah pilihan yang baik untuk melindungi kulit yang terdedah. Baju lengan panjang dan seluar panjang yang diperbuat daripada kain berbenang rapat adalah pilihan yang baik. Pakaian ini menawarkan perlindungan terbaik dari sinaran UV matahari.
  • Pakai cermin mata hitam: Cermin mata hitam bukan sahaja melindungi mata anda dari sinaran UV tetapi juga kawasan kulit lembut di sekitar mata anda daripada pendedahan cahaya matahari. Pakai cermin mata hitam yang menutup penuh dan menghalang hampir 100% sinaran UVA dan UVB. Cermin mata hitam yang menghalang sinaran UVA dan UVB menawarkan perlindungan yang terbaik.

Pengesanan awal kanser kulit dapat menyelamatkan nyawa anda. Oleh itu, ketahui tanda-tanda kulit yang terjejas dan dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Anda juga boleh mencegah risiko kanser kulit dengan melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekarang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Penjagaan Kuku, Penting Untuk Cegah Masalah Kuku

    Aspek penjagaan kuku sering kali dianggap remeh. Tetapi kuku yang tidak terjaga berisiko untuk mengalami masalah kuku. Apakah masalah yang mungkin berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/11/2019 . 3 minit bacaan

    Krim Pelindung Matahari Bantu Atasi Risiko Kanser Kulit

    Keluar rumah, pakai krim pelindung matahari? Kebanyakan daripada kita menganggap ia tidak penting. Tetapi ia membantu melindungi diri daripada kanser kulit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Tahi Lalat: Benarkah Ia Petanda Kanser Kulit?

    Tahukah anda bahawa tahi lalat sebenarnya mungkin merupakan petanda kanser kulit? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 06/10/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    risiko-masalah-kesihatan-lelaki

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    berjemur di pantai

    Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 minit bacaan