backup og meta

Nak Kulit Wajah Cantik? Pilih Pencuci Muka Sesuai Dengan Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    Nak Kulit Wajah Cantik? Pilih Pencuci Muka Sesuai Dengan Kulit

    Mencuci muka merupakan antara rutin yang paling penting dalam aspek penjagaan kulit muka.

    Hal ini kerana, hampir seharian kita memakai pelbagai produk kosmetik, jadi apabila tiba masa untuk mencuci muka ia perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penjagaan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Aspek penjagaan kulit muka – mengenali jenis kulit 

    Ini adalah kunci utama penjagaan kulit muka anda. Sebelum membuat sebarang pilihan mengenai produk pencuci muka, anda perlu mengetahui jenis kulit wajah anda agar produk yang dipilih bersesuaian.

    Secara umumnya terdapat lima jenis kulit muka iaitu: 

    • Normal – Seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan
    • Berminyak – Kulit tampak berminyak dan berkilat selepas beberapa jam dicuci. Pilih pencuci muka dengan pH rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak
    • KeringLiang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak
    • Sensitif – Sering merasa gatal-gatal ataupun tegang dan mudah mengalami reaksi alahan apabila terkena bahan kimia tertentu Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit
    • Kombinasi – Sebahagian wajah akan berminyak, kebiasaannya pada bahagian zon-T. Sementara bahagian lain adalah kering atau sensitif. Pilih pencuci muka yang lembut pada kulit dan bilas dengan air suam

    Tip memilih pencuci muka 

    mencuci muka

    #1. Membersihkan kotoran pada muka

    Langkah pertama dalam memastikan pencuci muka anda berkesan adalah dengan melihat keberkesanannya semasa membersihkan kotoran. 

    Uji tahap keberkesanan pencuci muka anda dengan mengambil sekeping kapas dan meletakkan sedikit toner. Kemudian, sapukan pada kulit muka.

    Jika terdapat sisa kotoran pada kapas, ini bermakna muka anda tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pencuci muka tersebut. 

    #2. Tidak mengeringkan kulit

    Apabila kulit menjadi kering, kelenjar minyak di bawah kulit akan mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menampung kehilangan lembapan kulit.

    Maka kulit akan menjadi lebih berminyak dan peluang untuk jerawat muncul sangat tinggi.

    #3. Membersihkan kotoran dalam pori

    Pilih pencuci muka yang boleh mencuci secara mendalam. Ia akan mencuci kulit muka anda sehingga ke dalam liang pori.

    Sememangnya kita tidak dapat lari daripada memiliki pori tersumbat terutama bagi mereka yang memiliki muka berminyak dan gemar memakai kosmetik setiap hari.

    #4. Melembapkan kulit

    penjagaan kulit muka

    Pencuci muka seharusnya turut berfungsi untuk melembapkan kulit selain daripada membersih.

    Sekiranya anda duduk dalam bilik penghawa dingin 24-jam, kulit akan menjadi kering. Jadi anda sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.

    #5. Bertindak secara lembut

    Pencuci muka yang memiliki bahan kimia terlalu kuat akan memberi kesan sampingan pada kulit.

    Elak menggunakan pencuci muka yang boleh menghakis pigmen dan lapisan kulit. Ini akan mengakibatkan kulit menjadi nipis dan terdedah kepada sinar matahari.

    #6. Mengandungi bahan pewangi dan pengawet

    Bahan-bahan ini boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kesan alahan seperti Paraben atau Phenoxythanol Methylchloroisothiazolinone.

    mencuci muka

    #7. pH bersesuaian

    Dalam penjagaan kulit muka yang optimum, anda perlu cakna akan pH pencuci muka anda.

    Ini kerana pencuci muka beralkali boleh merengsakan kulit. Oleh itu, pilih pencuci muka yang sedikit berasid iaitu pH yang lebih kurang sama dengan pH kulit muka kita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan