Memerangkan Kulit Secara Dalaman

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/11/2019

Ramai individu, terutamanya wanita barat menganggap bahawa kulit sawo matang/gelap sebagai simbol kecantikan dan kesihatan. Oleh kerana terdedah kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit, ramai yang cenderung memilih untuk menggelapkan / memerangkan kulit secara dalaman atau indoor tanning sebagai alternatif. Namun hakikatnya indoor tanning sebenarnya tidaklah begitu selamat berbanding berjemur di bawah matahari. Ikuti artikel ini supaya anda boleh membuat pilihan bijak untuk kulit anda apabila menjelang musim panas.

Memerangkan kulit secara dalaman dan risikonya

Memerangkan kulit secara dalaman atau indoor tanning menggunakan sinaran ultraungu tiruan seperti UVA dan UVB dan bukannya cahaya matahari. 3 cara utama melakukannya adalah menggunakan katil, pondok dan lampu. Ia direka untuk mendedahkan kulit kepada sinaran UV dengan tahap tinggi dalam waktu yang singkat.

Kajian mengatakan bahawa terdedah kepada sinaran tersebut boleh membahayakan bukan sahaja kulit tetapi keseluruhan kesihatan anda. Sinaran ultraungu daripada alat penggelap kulit tersebut boleh menyebabkan banyak jenis kanser kulit seperti karsinoma sel basal (basal cell cancer), kanser sel skuamus (squamous cell cancer) dan melanoma. Lebih kerap anda melakukannya, lebih tinggi risiko anda mendapat kanser kulit. Individu yang melakukan indoor tanning sebelum berumur 35 tahun, terutamanya remaja, lebih berisiko tinggi untuk mendapat melanoma berbanding mereka yang tidak melakukannya.

Berikut adalah kesan buruk memerangkan kulit secara dalaman terhadap kesihatan:

  • Kerosakan pada kulit yang boleh membawa kepada penuaan pramatang. Kedutan dan bintik-bintik akan berlaku lebih awal.
  • Sistem imun yang lemah.
  • Merosakkan mata jika melakukannya tanpa memakai pelindung mata. Ia meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit mata yang cenderung menyebabkan kebutaan.
  • Perubahan tekstur kulit.
  • Kerengsaan kulit.

Langkah berjaga-jaga

Walaupun memerangkan kulit secara dalaman meningkatkan risiko kanser, ia tetap menjadi pilihan ramai individu di barat. Berikut adalah langkah berjaga-jaga yang boleh mengurangkan risikonya:

  • Sentiasa menggunakan pelindung mata, disarankan untuk menggunakan gogel yang sesuai.
  • Patuhi arahan pengilang berkenaan tempoh masa dan tahap penggelapan.
  • Mulakan dengan pendedahan tahap rendah dan jangan gunakan tahap tinggi.
  • Elakkan menggunakan alat tersebut lebih daripada sekali seminggu.

Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan mengenai Kanser (The International Agency for Research on Cancer) dan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Amerika Syarikat (US Department of Health and Human Service) mengesahkan bahawa terdedah kepada ultraungu daripada indoor tanning sebagai karsinogen – yang boleh menyebabkan kanser. Oleh itu, semakin sedikit individu yang menggunakannya adalah lebih bagus. Sekiranya anda menginginkan kulit sawo matang, tetapi dalam masa yang sama ingin menjaga kesihatan, anda boleh menggunakan produk menggelapkan kulit tanpa cahaya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan