Adakah Anda Memiliki Kulit Bermasalah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan

Kulit bermasalah atau dirujuk sebagai acne adalah keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut pada kulit bergabung dengan minyak dan sel-sel kulit mati. Ia boleh menyebabkan bintik putih (whitehead), bintik hitam (blackhead) atau jerawat – kebiasaannya muncul  pada bahagian muka, dahi, dada, belakang dan bahu.

Jerawat merupakan satu masalah kulit yang paling biasa berlaku dalam kalangan remaja, namun, jerawat sebenarnya boleh muncul kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia.

Terdapat pelbagai jenis rawatan boleh digunakan untuk merawat masalah kulit tetapi keadaan kulit yang bermasalah mungkin akan kekal untuk tempoh yang lebih lama. Bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi, ia boleh menyebabkan gangguan emosi dan wujudnya parut pada kulit.

Mengenal pasti simptomnya

Tanda-tanda dan simptom kulit bermasalah selalunya berbeza, bergantung kepada tahap masalah kulit yang dihadapi:

  • Bintik putih – liang pori tertutup
  • Bintik hitam – liang pori terbuka
  • Papule – benjolan kecil, merah
  • Pustule –  jerawat kecil yang mempunyai nanah pada hujungnya
  • Nodul – benjolan pejal, menyakitkan di bawah permukaan kulit
  • Cyst – benjolan besar, bengkak, penuh nanah di bawah permukaan kulit dan menyakitkan

Apakah puncanya?

Secara umumnya, kulit bermasalah boleh berlaku apabila liang-liang pori pada kulit tersumbat dengan kekotoran, minyak, kulit mati dan bakteria. Setiap liang pada kulit merupakan folikel terbuka – terdiri daripada rambut dan kelenjar sebaceous (minyak).

Kelenjar minyak akan mengeluarkan sebum (minyak), yang melalui rambut untuk keluar dari liang pori dan berada pada kulit. Sebum ini yang mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Dan kulit bermasalah boleh berlaku apabila muncul 1 atau lebih masalah dalam proses ini. Ia boleh berlaku apabila:

  • Minyak yang dihasilkan folikel terlalu banyak
  • Sel-sel kulit mati terkumpul pada liang pori
  • Bakteria merebak pada liang pori

Cara penjagaan kulit bermasalah

Mempunyai kulit bermasalah memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Bukan semua perkara boleh dilakukan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan kulit anda menjadi bertambah teruk.

Lakukan:

  • Ais

Jika anda mengalami jerawat bengkak, gunakan ais untuk meredakan bengkak. Letakkan ais pada jerawat untuk tempoh lebih kurang seminit, secara perlahan-lahan. Ia mungkin tidak berkesan kepada semua individu, tetapi tiada salah untuk mencuba. Tetapi elakkan untuk meletakkan ais untuk tempoh yang lama kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

  • Krim berasaskan sulfur

Gunakan ubat yang mengandungi benzoyl perosida atau sulfur dan resorcinol yang boleh mengurangkan masalah kulit anda. Ia mungkin memakan sedikit masa sebelum anda dapat melihat hasilnya.

Rawatan kulit bermasalah mungkin mengakibatkan kulit menjadi kering atau kerengsaan. Dapatkan pemeriksaan dengan pakar dermatologi sebelum mencampurkan penggunaan produk.

  • Minyak Tea Tree

Ia boleh membunuh bakteria. Sesetengah individu menggunakannya untuk merawat kerengsaan kulit kecil, termasuk kulit bermasalah. Walaupun tidak banyak kajian untuk membuktikan kesahihannya, namun, minyak tea tree dikatakan selamat untuk digunakan kepada kulit. Tetapi, adalah yang terbaik untuk mencubanya terlebih dahulu pada bahagian kecil untuk memastikan anda tidak mempunyai reaksi alahan.

Elakkan:

  • Memicit

Merupakan satu tabiat yang buruk. Jika timbul keinginan untuk memicit jerawat atau bintik putih, sebaiknya, elakkan. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan anda terdedah kepada jangkitan dan parut.

  • Ubat gigi

Walaupun terdapat kandungan dalam ubat gigi dapat mengeringkan jerawat anda, tetapi ia boleh mencetuskan masalah kulit yang lain. Memburukkan keadaan, kandungan fluorida dan bahan pemutih gigi boleh menyebabkan reaksi alahan apabila digunakan pada kulit.

  • Aspirin

Anda mungkin terbaca mengenai tip menggunakan aspirin (ubat tahan sakit) yang dihancurkan. Aspirin berkait dengan asid salisilik, bahan khusus untuk ubatan merawat kulit bermasalah. Tetapi ia merupakan produk khusus yang dibuat untuk kegunaan pada kulit. Sedangkan penggunaan aspirin mungkin akan menyebabkan kerengsaan pada kulit.

  • Rawatan muka

Walaupun rawatan muka, pengelupasan kimia ringan dan rawatan spa dapat memperbaiki keadaan kulit yang bermasalah, namun ia memerlukan masa untuk menampakkan hasilnya. Untuk tempoh jangka masa pendek, anda mungkin mengalami kerengsaan, dan ia tidak sesuai sekiranya anda menginginkan hasil dalam masa yang singkat.

Sekiranya anda perlu hadir ke majlis atau acara penting, sebaiknya anda lakukan rawatan muka beberapa minggu lebih awal dari tarikh acara.

Jika merasakan kulit anda bermasalah, anda haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor, pakar kulit atau dematologi seberapa awal yang mungkin, kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk berdepan dengan masalah kulit yang lebih teruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Duduk Kat Rumah Saja, Tapi Kenapa Tumbuh Jerawat? Ada 4 Punca- No 3 Kerap Terjadi!

    Masalah jerawat lagi! Kali ini timbul walaupun duduk di rumah sahaja. Apakah puncanya? Artikel ini kongsikan punca jerawat timbul di rumah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/06/2020 . 3 minit bacaan

    Tidak Berjangkit, Ini 3 Beza Penyakit Sopak Dan Albinisme, Jangan Takut Nak Dekat Ya

    Penyakit vitiligo (sopak) dan albinisme merupakan dua kondisi kulit berbeza. Kesannya kepada tahap kesihatan sosial tidak boleh dipandang ringan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Kulit 24/06/2020 . 3 minit bacaan

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Runsing mencari cara untuk hilangkan jerawat? Pernah cuba gunakan pimple patch tak? Ada yang kata ia berkesan. Jom ketahui sama ada menjadi atau tidak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca jerawat badan

    Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu herpes alat kemaluan

    Ada Benjolan Pada Alat Sulit, Ini Jerawat Atau Tanda Herpes? Teliti 3 Panduan Kami Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
    floaters mata

    Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    hilangkan jerawat

    Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan