backup og meta

7 Langkah Menjadikan Rambut Lebih Lebat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2023

    7 Langkah Menjadikan Rambut Lebih Lebat

    Satu kenyataan yang menyedihkan adalah bahawa ramai orang akan mula kehilangan rambut mereka suatu hari nanti. Oleh itu, untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, anda perlu melawan tanda-tanda awal keguguran rambut dengan tujuh strategi yang terbukti mampu melebatkan rambut anda.

    Menggunakan syampu pelebat rambut

    Ketoconazole disahkan membantu membuatkan rambut kelihatan lebih tebal. Jadi, sila gunakan syampu yang mengandungi bahan ini.

    AD Nizoral adalah syampu non-preskripsi yang mengandungi banyak ketoconazole untuk mengekalkan rambut anda dalam keadaan yang baik. Rendam kepala anda dalam suku dari jumlahnya beberapa kali seminggu untuk hasil yang terbaik. Penggunaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan rambut anda kering Jadi, pastikan anda menggunakan syampuyang ridak menyebabkan iritasi pada waktu yang lain.

    Jangan gunakan sikat

    Menggunakan sikat pada kulit kepala akan menjadikan rambut anda kelihatan rata dan berminyak. Gayakan dengan jari anda dan anda akan terkejut dengan pertambahan jumlah dan teksturnya.

    Berhenti Merokok

    Tidak banyak manfaat yang boleh dikatakan mengenai rokok, dan ia meningkatkan kadar hormon di dalam aliran darah anda yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Merokok juga menyempitkan saluran darah yang menyihatkan kulit kepala anda, menyebabkan rambut anda kekurangan nutrisi dan gugur. Tambahan pula, merokok tidak baik untuk bahagian badan anda yang lain juga.

    Biarkan rambut anda kering dengan sendiri

    Rambut anda dalam keadaan paling lemah apabila basah. Menyikat secara berlebihan atau menggunakan tuala dengan kasar untuk mengeringkan rambut yang basah boleh menyebabkan kerosakan dan membuatkan masalah rambut nipis anda semakin teruk. Sebaliknya, biarkan rambut anda kering dengan sendiri dan lap sehingga ia kering apabila menggayakannya untuk memberikannya lebih tekstur.

    Gunakan pengering rambut

    Pengering rambut boleh memberikan keajaiban. Namun, sila berhati-hati untuk tidak menggunakan terlalu banyak haba atau anda berisiko merosakkan protein semula jadi di dalam rambut anda dan menjadikannya rapuh.

    Memakai topi ketika di bawah matahari

    Jangan mendedahkan rambut anda terlalu banyak kepada kehangatan matahari yang merosakkan. Selaran matahari adalah tidak sihat untuk rambut anda dan akan membuatkan ia rapuh dan mudah rosak. Ia juga menyebabkan kulit kepala anda menghasilkan kompaun yang menggugurkan rambut dipanggil superoksida.

    Dapatkan potongan rambut yang lebih baik

    Sesetengah orang cuba untuk menggayakan rambut mereka secara berbeza untuk menyembunyikan botak, tetapi rambut yang lebih pendek sentiasa lebih menarik. Cuba sahaja apa-apa gaya rambut berbanding menyembunyikan apa yang telah tiada.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan