backup og meta

Pendakap Gigi Bagi Orang Dewasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Pendakap Gigi Bagi Orang Dewasa

    Menyebut tentang pendakap, sebahagian besar orang akan segera terfikir imej kanak-kanak skema di sekolah dengan jerawat dan cermin mata, yang tidak boleh menyesuaikan diri dan duduk bersendirian pada waktu rehat. Mungkin itu hanyalah dalam generasi lalu. Pada masa kini, lebih daripada 20 peratus pelanggan pakar ortodontik adalah orang dewasa. Ini adalah trend yang sangat cepat berkembang. Rujuk artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendakap gigi dewasa dan sama ada anda patut memakainya atau tidak.

    Mengapa orang dewasa memerlukan pendakap gigi?

    Apabila kita semakin tua, begitu juga dengan gigi kita. Gigi boleh beralih, pecah atau bengkok dari masa ke masa kerana sebarang kecederaan, tabiat buruk menggigit ais, masalah lidah atau pertumbuhan semula jadi. Ramai mengalami sakit di garis rahang, pendarahan gusi dan kesukaran apabila membersihkan mulut. Mereka mahukan pendakap gigi hanya untuk membaiki gigi supaya lebih tersusun untuk senyuman yang lebih baik.

    Ramai yang mempunyai gigi tidak tersusun tetapi ibu bapa mereka tidak mampu mendapatkan pendakap gigi ketika mereka masih muda. Setelah mereka berkemampuan menyara diri sendiri,  mereka mengambil peluang untuk melabur untuk senyuman yang lebih baik dan mungkin juga untuk perubahan kerjaya.

    Sesetengah orang berfikir bahawa ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Mungkin rupanya tidak menarik, rasa pelik dan memerlukan penjagaan gigi tambahan tetapi dalam beberapa tahun, hasilnya akan kelihatan. Mereka memanggilnya pengorbanan sedikit untuk keselesaan sepanjang hayat.

    Kelemahan pendakap gigi bagi orang dewasa

    Walaupun mempunyai pendakap gigi adalah pilihan yang baik untuk gigi anda, adalah lebih baik melakukannya semasa anda masih muda kerana proses penyembuhan dan pemulihan yang lebih cepat.

    Selain itu, banyak pakej insurans  tidak meliputi pendakap gigi untuk mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, anda mungkin perlu menghubungi dan berunding dengan ejen insurans anda terlebih dahulu.

    Persediaan anda

    Pendakap gigi membantu dengan menutup jarak antara gigi atau menjarakkan gigi yang terlalu rapat dan meluruskan gigi. Walau bagaimanapun, sebelum menjalani pembetulan gigi, terdapat banyak perkara yang perlu anda ambil kira.

    Jika anda mengalami sebarang penyakit gusi yang masih aktif, anda perlu untuk merawatnya terlebih dahulu sebelum merujuk pakar ortodontik anda. Pastikan gigi dan gusi anda cukup kuat untuk melalui keseluruhan prosedur.

    Beri perhatian tambahan kepada apa yang anda makan. Hadkan semua makanan yang melekat dan keras,  mengunyah ais juga tidak dibenarkan kerana ia boleh memecahkan pendakap gigi.

    Ambil masa untuk memberus dan flos dengan teliti kerana ia akan menjadi lebih sukar untuk membersihkan gigi dengan pendakap gigi dalam mulut anda. Jangan membiarkan sisa terperangkap pada gigi anda kerana ini boleh merosakkan bukan sahaja gigi anda tetapi pendakap gigi juga.

    Pemeriksaan yang kerap. Rancang lebih awal dan jimatkan masa untuk pemeriksaan bulanan, atau bahkan mingguan jika perlu. Tidak kira bagaimana sibuk, teruskan berhubung dan menghadiri semua temu janji untuk memastikan proses ini di bawah seliaan kawalan profesional.

    Berdasarkan keperluan dan keadaan anda, pakar ortodontik akan berunding dengan anda tentang pilihan yang paling sesuai. Ada yang memerlukan pendakap dengan wayar sementara ada yang lebih estetik. Pendakap gigi terdiri daripada pendakap gigi biasa kepada pendakap logam, aligner lutsinar dan venir.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan