backup og meta

Pelembap Untuk Kulit Kering

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2018

    Pelembap Untuk Kulit Kering

    Mencari pelembap yang sesuai untuk kulit kering anda boleh menjadi cabaran besar kerana terdapat pelbagai jenis produk pelembap di pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua produk memenuhi tuntutan dan sesuai dengan kulit anda. Anda perlu memahami keadaan kulit anda serta bahan-bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk.

    Pada dasarnya, pelembap bertindak sebagai penghadang yang mengunci kelembapan di dalam kulit. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah melihat senarai ramuan. Lima ramuan pertama harus mengandungi beberapa jenis penghidratan seperti gliserin, lanolin, asid hyaluronik atau niacinimide. Jika kulit anda kering dan mengelupas, anda dinasihatkan untuk mendapatkan produk berasaskan petrolatum yang mampu bertahan lebih lama pada kulit dan berkesan mencegah kehilangan lembapan.

    Individu yang mempunyai kulit kering biasanya mempunyai masalah sensitiviti juga. Sekiranya kulit anda menjadi kering sehingga menjadi merah dengan gatal-gatal dan ruam, anda memerlukan produk yang mempunyai bahan-bahan yang menenangkan seperti aloevera dan tidak mempunyai wangian.

    Anda dinasihatkan untuk mempunyai 2 jenis pelembap iaitu untuk siang dan malam. Pendedahan kepada radikal UV bukan sahaja memburukkan lagi kekeringan kulit anda tetapi juga meningkatkan proses penuaan, menyebabkan kedutan dan bintik-bintik gelap.

    Untuk sebelah pagi, pelembap yang akan digunakan pada sebelah pagi sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30. Manakala untuk sebelah malam, ianya perlu mengandungi retinol yang membantu pertumbuhan sel kulit anda dan membantu melambatkan penuaan.

    Pelembap dapat berfungsi dengan baik apabila digunakan pada ketika kulit lembap. Pastikan anda menggunakannya pada kadar segera selepas mencuci muka anda dengan pencuci muka yang menghidratkan.

    Kerana setiap kulit adalah berbeza, anda perlu melalui proses mencuba dalam proses mencari pelembap terbaik untuk kulit anda. Produk yang mahal tidak semestinya terbaik. Rajin berekperimen dengan pelbagai produk dan jenama sehingga anda menemui produk yang sesuai dengan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan