backup og meta

Manfaat Antioksidan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    Manfaat Antioksidan

    Apakah itu antioksidan?

    Antioksidan terkenal dengan keupayaannya melawan radikal bebas. Radikal bebas ialah atom atau molekul dengan sekurang-kurangnya satu elektron tidak berpasangan, menjadikannya sangat reaktif. Semasa proses yang dipanggil pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain, sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif. Antioksidan boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan antioksidan daripada makanan.

    Antioksidan yang berbeza bagi bahagian-bahagian badan yang berbeza

    Tidak semua antioksidan berfungsi dengan cara yang sama. Beta-karotena dan karotenoid yang lain menyokong kesihatan mata manakala lycopene membantu mencegah penyakit prostat. Jika anda inginkan jantung yang sihat, dapatkan lebih banyak flavonoid. Masalah dengan saluran kencing? Proanthocyanidins boleh membantu.

    Antioksidan untuk kulit yang sihat

    Pendedahan kepada tahap cahaya UV yang tinggi membawa kepada kerosakan foto-oksidatif. Ini bukan sahaja menyebabkan selaran matahari tetapi juga menyumbang kepada penuaan kulit pra-matang dan kanser kulit. Kajian menunjukkan astaxanthin dan gabungan beta-karotena dan vitamin E bermanfaat untuk kesihatan kulit.

    Antioksidan untuk sistem imun yang lebih kuat

    Radikal bebas memberi kesan kepada sistem imun anda. Kajian menunjukkan bahawa astaxanthin dan spirulina boleh meningkatkan sistem imun, mencegah mutasi dalam membran sel dan DNA . Astaxanthin jauh lebih berkuasa berbanding karotenoid dan alpha-tokoferol (vitamin E) dalam aspek ini.

    Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak antioksidan?

    Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pengambilan antioksidan adalah dengan menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko masalah jantung, penyakit saraf, kanser, dan masalah imuniti.

    Adakah makanan tambahan (suplemen) antioksidan selamat?

    Jika anda tidak boleh mendapatkan antioksidan yang mencukupi, anda boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walaupun mungkin tidak sebaik seperti makanan antioksidan, adalah lebih baik daripada tiada. Terdapat beberapa peringatan yang perlu anda ketahui sebelum mengambil makanan tamabahan antioksidan:

    • Makanan tambahan antioksidan mempunyai kesan sampingan, potensi tindak balas alahan, dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain. Jadi, sentiasa rujuk dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang makanan tambahan.
    • Pengeluar makanan tambahan antioksidan tidak dikehendaki mengikut piawai tertentu. Jadi, kualiti dan kesan sampingan mungkin berbeza daripada jenama ke jenama. Badan pentadbiran ubat tidak menetapkan peraturan makanan tambahan yang sama seperti ubat. Jadi, pengeluar hanya boleh membuat makanan tambahan dan menjualnya tanpa penyelidikan.
    • Banyak makanan tambahan tidak diuji untuk kesan jangka panjang. Selain itu, pengambilan dos makanan tambahan antioksidan yang tinggi mungkin berbahaya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan