Muka Macam Tepung Gomak, Tip Elak Mekap Bercapuk

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Pernah tak anda mengalami solekan bercapuk ‘padahal’ mula-mula tadi elok ‘aje’ muka flawless? Sure pernah, bukan? Apatah lagi kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak. Jadi ada ke cara mengatasi mekap bercapuk ini? 

Tip mekap tahan lama

Kecantikan dan wanita adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Namun ada ke cara untuk memastikan solekan tidak bercapuk dan tahan lama? Jangan risau, berikut adalah beberapa tip yang boleh anda ikuti:

  1. Cuci muka

Sebaiknya sebelum apply sebarang solekan, cara yang terbaik adalah mencuci muka terlebih dahulu. Apatah lagi jika anda mempunyai kulit jenis berminyak.

Selain itu, apabila anda membasuh muka, sel kulit mati akan turut disingkirkan. Ini sekali gus dapat membantu mengelakkan solekan kusam dan bercapuk. Cara terbaik, selepas membasuh muka, gunakan juga toner dan pelembap.

  1. Face primer

Ia berperanan untuk menjadikan mekap lebih kekal dan tahan sehingga seharian. Ia juga bertindak sebagai pelembap kulit, menjadikan kulit lebih licin, menutup pori dan kedutan.

Dalam masa yang sama face primer juga dapat menjadikan tona kulit lebih rata dan seimbang. Jadi pastikan anda memakai primer sebelum foundation

  1. Warna sesuai

Untuk memilih foundation, perkara yang paling penting adalah mengenai warnanya. Kesilapan yang sering dilakukan adalah memilih warna yang salah.

Kebiasaannya anda akan mencuba tester di belakang tapak tangan. Sebaliknya, cara yang betul untuk mendapatkan warna yang sesuai adalah dengan mencubanya di jawline. 

  1. Pemilihan foundation

Jenis liquid dikatakan lebih mudah untuk diratakan pada wajah berbanding foundation jenis kering. Carilah produk yang sesuai dengan aktiviti harian yang akan anda lakukan. Jika anda perlu berada di bawah sinaran matahari, pilihlah foundation yang mempunyai SPF. 

Selain itu, anda juga boleh memilih BB Cream (Blemish Base), CC Cream (Color Correcting) atau DD Cream (Dynamic Do-All), menawarkan fungsi yang sama seperti foundation tetapi lebih baik lagi. Namun yang penting, pastikan ia mengikut warna kulit anda!

  1. Tarikh luput

Jangan fikir barang mekap ‘takda’ tarikh luput tau! Sebaiknya anda disarankan untuk tidak menggunakan produk solekan yang sudah tamat tempoh. Setiap barangan solekan mempunyai tempoh tertentu yang ditetapkan. 

  1. Jari atau beauty blender?

Sebenarnya, bagi penulis sendiri, penulis lebih gemarkan untuk menggunakan tangan. Ini kerana penulis berasakan menggunakan tangan dapat meratakan foundation dengan lebih baik berbanding beauty blender.

Namun, apa pun ia adalah bergantung kepada keselesaan anda. Jika anda berasa lebih selesa dengan menggunakan beauty blender, dipersilakan. 

  1. Bedak

Tip terakhir untuk mengatasi masalah mekap bercapuk adalah dengan memastikan anda memakai bedak muka selepas pakai foundation atau sebarang cream.

Bedak pun ada banyak jenis seperti bedak kompak (compact powder), translucent, luminous dan juga loose. Pemilihan jenis bedak adalah bergantung kepada keselesaan. Tetapi elakkan daripada memakai terlalu tebal sebab nanti takut jadi macam Raja Kapur dalam filem Seniman Bujang Lapuk ‘pulak’, “Kenapa muka kau macam tepung gomak?”! Naya ‘aje’.

  1. Make up spray

Turut dikenali sebagai setting spray, ia berfungsi sebagai lapisan perlindungan optimum untuk elakkan mekap cair walaupun terdedah kepada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka. Cara penggunaannya adalah hanya dengan menyembur kepada muka selepas selesai solekan termasuklah lipstik. 

Konklusi 

Untuk memastikan mekap kekal di wajah, anda bolehlah mencuba tip yang dinyatakan di atas. Apa pun perkara paling penting, pastikan produk yang anda pilih dan guna bersesuaian dengan kulit anda. Ini kerana terdapat sesetengah produk mungkin tidak bersesuaian dan berisiko mengakibatkan kerengsaan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: