backup og meta

10 Khasiat Cuka Epal Yang TAK Disangka, No. 1 Paling Kerap Diperkatakan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2023

    10 Khasiat Cuka Epal Yang TAK Disangka, No. 1 Paling Kerap Diperkatakan!

    Betul ke khasiat cuka epal ada banyak? Adakah manfaat cuka epal benar-benar berkesan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh? 

    Semuanya akan dikupas dalam artikel ini. Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apakah sebenarnya cuka epal?

    Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

    Cuka epal telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.

    Pahlawan Samurai Jepun turut dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh mereka.

    Apakah khasiat cuka epal terhadap kecantikan dan kesihatan?

    khasiat cuka epal

    Khasiat cuka epal 1: Bantu menurunkan berat badan

    Khasiat cuka epal dalam menurunkan berat badan adalah kerana kehadiran asid asetik, yang boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna kanji.

    Apabila hal ini berlaku, lebih sedikit jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori dalam aliran darah dan ini boleh memberi kesan kecil terhadap berat badan anda.

    Tetapi, terlalu banyak asid asetik dapat merosakkan tekak. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mencampurkan satu sudu cuka epal dengan kira-kira 250 ml air dan ambil sebelum makan.

    Cuka epal boleh menghalang beberapa kanji daripada diserap, walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh memakan apa sahaja tanpa had. 

    2. Mengekalkan tahap gula darah

    Dengan cuka epal, individu boleh mengelak dari menjadi mangsa diabetes.

    Kesan anti-glisemik daripada cuka epal dikaitkan dengan keupayaannya untuk menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras gula darah anda.

    Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu berkenaan perkara ini.

    Persatuan Diabetes Amerika turut menyatakan, pengambilan cuka pada waktu tidur boleh memberi kesan kepada kepekatan glukosa dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit diabetes jenis 2.

    khasiat cuka epal

    Khasiat cuka epal 3: Merendahkan tekanan darah

    Khasiat cuka epal membantu mengimbangi tahap pH badan, yang kemudiannya menurunkan tekanan darah.

    Manfaat cuka epal juga boleh memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri.

    Ciri-ciri anti-hipertensi cuka epal juga boleh dikaitkan dengan kandungan kaliumnya yang tinggi, berfungsi mengurangkan kesan negatif natrium atau garam pada tekanan darah. 

    Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.

    4. Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

    Kajian dalam Pakistan Journal of Biological Sciences mendapati, tikus yang diberi cuka mengalami pengurangan LDL (kolesterol jahat) dan mengalami peningkatan HDL (kolesterol baik).

    Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan tahap kolesterol. 

    Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah.

    Menurut satu kajian dalam Harvard School of Public Health, wanita yang menggunakan cuka sebagai dressings salad didapati memiliki risiko penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

    Cuka juga mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung.

    Dos pektin yang tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.

    5. Memutihkan gigi secara semula jadi

    Cuka epal juga boleh bertindak sebagai agen pembersih. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran pada gigi anda tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu.

    Khasiat cuka epal 6: Ada ciri antioksidan

    khasiat cuka epal

    Cuka epal kaya dengan sebatian bioaktif tertentu seperti asid asetik, catechin, asid gallik, asid kafein, dan lain-lain, yang memberikan sifat antioksidan yang kuat.

    Ciri-ciri antioksidan ini menghalang kesan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel.

    Manfaat cuka epal 7: Membantu merawat candida

    Candida adalah yis fungi yang hidup di permukaan kulit. Ia membiak dalam persekitaran berasid yang sering disebabkan oleh pemakanan yang buruk.

    Cuka epal mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan ia mewujudkan persekitaran beralkali dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat.

    Bakteria yang sihat ini boleh menyembuhkan candida. Enzim-enzim kaya yang terdapat di dalam cuka epal berfungsi mengawal kehadiran candida.

    Berdasarkan kajian yang dijalankan di Brazil yang bertajuk “Antifungal Activity of Apple Cider Vinegar on Candida Species Involved in Denture Stomatitis” yang diterbitkan pada tahun 2015, ciri-ciri antikulat cuka epal boleh bertindak terhadap Candida dan menawarkan manfaat terapeutik.

    8. Meningkatkan kesihatan dan penampilan rambut

    Cuka epal juga mempunyai pelbagai faedah untuk rambut. Pertama, ia meningkatkan keliangan (porosity) iaitu keupayaan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut.

    Ia menutup kutikel dan membolehkan rambut mengekalkan lebih banyak kelembapan. Walau bagaimanapun, cuka epal boleh menjadikan rambut mengalami kekeringan.

    Oleh itu, anda perlu menggunakan pelembap selepas menggunakannya.

    Cuka epal juga boleh membantu merawat kelemumur. Keasidan yang dimilikinya menjadikannya sukar untuk kulat (yang menyumbang kepada kelemumur) untuk berkembang biak pada kulit kepala anda.

    9. Merawat ketuat

    Sapukan cuka epal pada bahagian ketuat dan tutupi kawasan ketuat tersebut dengan menggunakan band-aid. Biarkan ia semalaman dan tanggalkan band-aid pada waktu pagi.

    Ulanginya setiap hari, dan anda akan dapat melihat hasilnya dalam tempoh seminggu atau lebih.

    Beberapa laporan kajian mencadangkan bahawa penggunaan topikal asid asetik dengan kepekatan tinggi boleh membantu mengurangkan ketuat. 

    Khasiat cuka epal 10: Bantu melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

    Pedih ulu hati dan refluks asid sering kali disebabkan oleh asid perut yang terlalu sedikit.

    Duka epal yang berasid, memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut dan membantu pemecahan makanan.

    Ini boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan