backup og meta

Kecilkan Liang Pori Wajah Anda Dengan 10 Langkah Ini, Baru Kulit Lebih Berseri!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2024

    Kecilkan Liang Pori Wajah Anda Dengan 10 Langkah Ini, Baru Kulit Lebih Berseri!

    Anda berasa liang pori yang wujud pada wajah mencacatkan paras rupa? Jadi mungkinkah terdapat kaedah yang dapat membantu kecilkan pori di wajah? 

    Tahukah anda, hakikatnya kewujudan pori di wajah adalah penting untuk kesihatan kulit. Ini kerana ia berperanan untuk membantu mengekalkan minyak supaya kulit menjadi lembut dan terhidrasi.

    Namun, tidak dinafikan masalah liang pori besar bagi sesetengah individu mungkin lebih ketara bergantung kepada jenis kulit. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa Itu Liang Pori?

    Setiap individu mempunyai liang pori di kulit mereka. Seluruh kulit mempunyai liang pori – ia merupakan lubang-lubang kecil, meliputi wajah, lengan, kaki, dan mana-mana bahagian pada tubuh anda.

    Saiz liang pori adalah berbeza pada setiap orang. Pori anda, juga dikenali sebagai folikel rambut, adalah penting untuk kesihatan kulit anda. Ia bertanggungjawab menjaga kulit anda terhidrat dan lembap.

    Terdapat 2 jenis liang pori; satu liang pori mengeluarkan minyak semula jadi dari badan, yang dipanggil sebum, manakala lagi satu pori mengeluarkan peluh. Kadangkala liang pori yang mengeluarkan minyak akan tampak lebih besar.

    Bagaimana Liang Pori Besar Terjadi?

    Bagaimana liang pori besar boleh muncul di kulit anda? 

    Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan liang pori anda menjadi besar. Antara punca-puncanya adalah seperti:

    • Faktor genetik. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu itu memiliki kulit secara semula jadi tebal dan berminyak yang cenderung memiliki liang pori besar.
    • Peningkatan usia. Faktor usia akan menyebabkan kulit hilang keanjalan dan kolagen semakin berkurangan. 
    • Sinaran matahari. Cahaya matahari sememangnya bagus. Tetapi penerimaan cahaya matahari secara berlebihan adalah tidak baik untuk kulit.
    • Sebum berlebihan mengakibatkan kelenjar sebaceous menghasilkan banyak minyak dan menyebabkan kulit jadi berminyak.
    • Peningkatan jumlah folikel rambut.
    • Minyak terkumpul di liang dan bercampur dengan kotoran, bakteria dan alat solekan, menyebabkan pori tersumbat. Jika terus tersumbat, jerawat boleh muncul.
    • Kulit menebal, menyebabkan sel-sel kecil berkumpul di sekeliling liang, menjadinya kelihatan lebih besar.
    • Blackheads.
    • Lelaki lebih cenderung memiliki liang pori besar kerana faktor genetik dan peningkatan pengeluaran minyak.

    Liang Pori VS masalah kulit

    Semua orang mempunyai liang di kulit mereka dan masalah kulit yang disebabkan oleh liang pori adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Berikut adalah beberapa perkara yang anda tidak tahu tentang liang pori anda:

    • Kulit berminyak boleh menyebabkan liang besar

    Kelenjar minyak, yang juga dikenali sebagai kelenjar sebum, terletak di dalam liang anda untuk menghasilkan sebum, yang biasa dikenali sebagai minyak.

    Minyak itu dirembeskan melalui liang pori anda agar kulit anda lembap dan terhidrasi. Apabila anda mempunyai kulit berminyak, kelenjar minyak anda bekerja lebih masa, menyebabkan lebihan minyak ditolak melalui pori anda.

    • Liang pori besar boleh mengubah tekstur kulit anda

    Apabila liang pori menjadi membesar, ia boleh menjejaskan permukaan dan tekstur kulit anda. Mereka yang mempunyai liang pori besar sering mempunyai kulit yang kelihatan kasar.

    • Pori besar boleh mengakibatkan rambut cekam

    Kelenjar minyak akan terus menghasilkan minyak, menyebabkan liang menjadi lebam dan dijangkiti. Apabila terdapat rambut yang tumbuh di dalam liang, ini boleh mengakibatkan rambut cekam meradang.

    • Lebih banyak jerawat apabila mempunyai liang besar

    Dengan liang besar, anda boleh mendapatkan bintik putih (whiteheads) dan bintik hitam (blackheads) dengan mudah. Ia juga boleh membawa kepada jerawat yang lebih meradang seperti papules, pustules, nodules, dan sista.

    • Peluh tidak dikeluarkan oleh pori anda

    Peluh sebenarnya dihasilkan oleh kelenjar peluh anda yang terdapat pada kulit anda. Apabila peluh mencapai kulit anda, ia boleh meninggalkan garam yang boleh menghalang liang-liang anda, yang berpotensi menyebabkan jerawat.

    Tip membantu kecilkan pori

    Perkongsian di bawah ini mungkin akan dapat membantu anda untuk kecilkan pori dan menjadinya kurang ketara, sekali gus membantu mengembalikan keyakinan anda.

    1. Kecilkan pori dengan membersih

    Salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk kecilkan pori adalah dengan melaksanakan rutin harian dengan menjaga kulit agar kekal bersih. Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci muka untuk kecilkan pori yang bersesuaian dengan wajah anda.

    cara mengecilkan pori
    Pencuci muka untuk mengecilkan pori.

    2. Pengelupasan bantu kecilkan pori

    Individu yang memiliki kulit berminyak perlu melakukan kaedah pengelupasan kulit atau scrub (exfoliating) sekali atau 2 kali seminggu supaya sel kulit mati, kotoran, minyak berlebihan dari lapisan atas kulit dapat disingkirkan.

    3. Pemilihan produk skincare untuk mengecilkan pori

    Untuk kulit berminyak, anda perlu memastikan bahawa anda memilih produk skincare untuk mengecilkan pori yang berasaskan air untuk mengelakkan lebihan minyak untuk masuk ke dalam pori.

    Ini kerana jika anda menggunakan produk yang berasakan minyak, ia akan menjadikan kulit anda semakin berminyak dan liang pori akan semakin membesar. 

    4. Gunakan moisturizer untuk mengecilkan pori

    Menggunakan pelembap juga merupakan salah satu cara mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat. Ia dapat menghidrat dan melembutkan kulit serta membantu sebum untuk dapat menembusi permukaan kulit dengan lebih dalam.

    5. Topeng muka

    kecilkan pori
    Rutin penjagaan kulit yang betul.

    Menggunakan topeng tanah liat untuk sekali atau 2 kali seminggu dapat membantu kecilkan pori anda. Kaedah ini akan menghilangkan minyak dari liang-liang dan mengelakkannya dari menjadi lebih besar serta menjadikannya kurang ketara.

    6. Rawatan ubatan

    Penggunaan kaedah seperti retinoid, asid salisilat, asid alpha hydroxy atau benzoyl peroksida tidak akan hanya mengurangkan saiz liang dan kecilkan pori tetapi juga akan membantu memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari.

    Tip kecilkan pori no. 7. Pengelupasan kimia

    Pengelupasan kimia merupakan antara cara mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat.

    Namun begitu, proses ini perlu dijalankan di pusat rawatan yang akan menggunakan pelbagai jenis asid kekuatan-preskripsi termasuk salicylic, laktik, retinol, dan trikloroasetetik untuk menghilangkan lapisan luar kulit mati anda dan memberikan kulit yang lebih segar, sihat dan lembut.

    8. Pelindung matahari

    Memakai pelindung matahari adalah amat penting untuk melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari dan boleh membantu kecilkan pori anda secara tidak langsung.

    Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF-30 setiap hari. Sebaiknya elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang.

    Tip kecilkan pori #9. Solekan

    Pastikan produk solekan yang anda gunakan adalah sesuai untuk mengatasi masalah kecilkan pori anda, seperti produk tersebut harus merupakan produk formula bebas minyak yang dapat membantu mengatasi masalah pori anda.

    10. Cuci solekan

    Seandainya anda gemar mengenakan alat solekan di wajah, pastikan anda menanggalkan dan mencucinya sebelum anda tidur, kerana ia dapat mengelakkan pori anda dari tersumbat dan pengumpulan bakteria. Jadi secara tidak langsung, ia juga membantu usaha anda untuk kecilkan pori. 

    masalah jeragat
    Rawatan masalah jeragat.

    Rumusan

    Fakta mengenai liang pori

    • Kulit berminyak boleh menyebabkan liang besar
    • Liang pori besar boleh mengubah tekstur kulit anda
    • Pori besar boleh mengakibatkan rambut cekam
    • Liang besar akan menghasilkan lebih banyak jerawat
    • Peluh tidak dikeluarkan oleh pori anda

    Liang pori pada pipi, hidung, dan dahi anda akan kelihatan lebih jelas dan besar mengikut peningkatan usia, atau apabila liang tersumbat. Memastikan kulit sentiasa bersih, mengelakkan sinaran matahari adalah dua cara yang terbaik untuk kecilkan pori.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan