Mungkin ramai yang sedang cari cara untuk kurus tanpa menggunakan produk bukan? Lalu, senaman zumba mula tampak sebagai salah satu solusi. Namun, adakah ia cara yang efektif?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Mungkin ramai yang sedang cari cara untuk kurus tanpa menggunakan produk bukan? Lalu, senaman zumba mula tampak sebagai salah satu solusi. Namun, adakah ia cara yang efektif?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Selain aktiviti senaman seperti angkat berat, aerobik atau HIIT, ada lagi satu senaman yang sangat popular di seluruh dunia dan digembar-gemburkan sebagai salah satu rahsia untuk kurus yang sangat efektif iaitu zumba.
Persoalannya, adakah ini benar?
Mendapatkan berat badan yang ideal sudah pasti menjadi impian kebanyakan individu.
Malah, sudah menjadi trend baru bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan menyertai program kecergasan Zumba.
Senaman interval, yang merupakan senaman kardiovaskular yang berselang-seli antara tempoh aktiviti berintensiti tinggi dan sederhana, membantu membakar lebih banyak kalori daripada aktiviti berintensiti sederhana sahaja.
Zumba berfugsi merangsang seluruh badan anda, membantu nada setiap kumpulan otot, terutama bahagian belakang dan abdomen.
Pergerakan Zumba juga dapat memperbaiki postur tubuh badan, keseimbangan dan kelenturan.
Jika anda berasa tidak selesa bersenam bersama orang lain, parti Zumba boleh membantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan.
Menurut pengasas Zumba, Beto Perez, Zumba merupakan program senaman untuk semua orang yang mana kadang-kadang melibatkan seisi keluarga.
Pun begitu, ia mungkin hanya sekadar satu senaman yang menyeronokkan tanpa apa-apa manfaat untuk menurunkan berat badan. Jadi, ia bukan salah satu dari cara untuk kurus yang efektif!
Zumba telah menjadi salah satu senaman yang berkembang pesat yang popular di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Walau bagaimanapun, Perez mendedahkan bahawa tarian Zumba ini diciptanya bukannya sebagai program penurunan berat badan, tetapi untuk membuatkan peserta berasa gembira.
Ini kerana koreografi dalam program Zumba mengaktifkan endorfin dan menjadikan peserta berasa gembira.
Tambahnya, tidak dinafikan bahawa salah satu akibat menyertai Zumba adalah menurunkan berat badan dan satu perkembangan positif kerana akhirnya orang ramai menemui senaman yang menyeronokkan dan mudah.
Ini kerana senaman lain boleh dianggap suatu yang menyeksakan dan membosankan jika dibandingkan dengan Zumba.
Pakar kecergasan di negara kita, Kevin Zahri menegaskan bahawa tiada jenis senaman yang mampu menurunkan berat badan jika ia tidak disertai dengan amalan pemakanan yang betul.
Untuk menurunkan berat badan, ia memerlukan kombinasi antara senaman dan kawalan pengambilan kalori.
Menurut Kevin, objektif senaman Zumba adalah untuk meningkatkan pembakaran kalori, membuatkan rasa gembira dan menghilangkan tekanan.
Malahan itu, ia juga boleh meningkatkan kecergasan jika peserta benar-benar melakukannya. Walau bagaimanapun, tanpa kawalan makanan, tiada jenis senaman yang boleh membantu.
Dalam masa yang sama, Kevin juga menyarankan pemilihan senaman yang bersesuaian kerana kemampuan setiap individu itu berbeza.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen