backup og meta

Bekas Jerawat Ganggu Kecantikan Wajah? Guna 10 Cara Ini, Ada Yang Cuba Kata Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/10/2021

    Bekas Jerawat Ganggu Kecantikan Wajah? Guna 10 Cara Ini, Ada Yang Cuba Kata Berkesan!

    Masalah jerawat sering berlaku kepada anda? Anda terfikir apakah cara hilangkan bekas jerawat? Kesemua masalah yang berlaku pasti ada kaedah penyelesaiannya.

    Begitu juga dengan masalah parut jerawat yang boleh berlaku dalam kalangan individu daripada pelbagai peringkat usia. Ia bukanlah satu masalah yang besar sehingga menjadikan anda berasa stres dengan kulit wajah anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini. 

    Masalah jerawat

    Anda pasti kerap mendengar istilah jerawat tetapi kurang mengambil tahu mengenai akne. Akne adalah keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut anda tersumbat dengan minyak dan sel-sel kulit mati.

    Akne adalah satu perkara yang paling biasa berlaku dalam kalangan remaja, walaupun ia sebenarnya boleh berlaku terhadap individu daripada semua peringkat umur.

    Ia biasanya berlaku semasa baligh apabila kelenjar sebum diaktifkan. Ia tidak berbahaya, tetapi ia boleh meninggalkan parut pada kulit.

    Kelenjar menghasilkan minyak dan dirangsang oleh hormon lelaki yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal yang terdapat pada kedua-dua lelaki dan wanita.

    Secara umumnya, akne adalah sejenis keadaan atau masalah kulit manakala jerawat pula adalah salah satu simptom bagi pembentukan akne.

    Apakah cara hilangkan bekas jerawat?

    Kemunculan jerawat sememangnya meresahkan setiap individu tetapi parut kesan jerawat adalah lebih merisaukan. Parut jerawat terbentuk apabila breakout yang terjadi menembusi kulit secara mendalam dan merosakkan tisu-tisu di bawahnya. 

    Terdapat beberapa cara hilangkan bekas jerawat yang boleh anda gunakan. Walau bagaimanapun, anda perlulah merawat akne dan jerawat anda terlebih dahulu sebelum merawat parut jerawat. 

    hilangkan bekas jerawat

     1: Hilangkan bekas jerawat – Asid hidroksi alpha

    Asid hidroksi alpha (AHAs) sering dijumpai dalam produk yang dihasilkan untuk merawat jerawat kerana ia membantu menyingkirkan kulit mati dan mencegah liang daripada tersumbat.

    AHA juga boleh membantu menjadikan parut jerawat kelihatan kurang ketara. Asid ringan mengelupaskan lapisan luar kulit untuk membantu menghilangkan perubahan warna dan kulit kasar. 

     2: Hilangkan bekas jerawat – Asid laktik

    Terdapat pelbagai produk seperti serum dan salap yang mengandungi asid laktik yang boleh anda gunakan. Anda juga boleh menggunakan cuka cider epal sebagai toner memandangkan cuka ini mengandungi kandungan asid laktik semula jadi. 

     3: Retinoid

    Retinoid topikal adalah jenis rawatan jerawat yang lain dengan faedah yang memberikan kelegaan pada parut.

    Selain mempercepat pertumbuhan semula sel anda dan meningkatkan tekstur kulit anda, retinoid juga dapat membantu mengurangkan perubahan warna dan menjadikan parut kurang ketara berdasarkan kajian terbaharu.

    Cari produk yang menyenaraikan retinol sebagai salah satu bahan aktif. Kaedah ini terbaik untuk parut mendalam atau atropik. 

    4: Asid salisilik (salicylic acid)

    Asid salisilik membersihkan liang-liang, mengurangkan pembengkakan dan kemerahan, selain mengelupaskan kulit apabila digunakan secara topikal. Ia dianggap sebagai salah satu rawatan terbaik untuk parut jerawat.

    Asid salisilik juga boleh menyebabkan kekeringan atau kerengsaan, oleh itu anda mungkin perlu mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik.

    Hilangkan bekas jerawat dengan bantuan pakar

    Terdapat beberapa jenis kaedah yang boleh anda dapatkan daripada pakar penjagaan kulit dan antaranya adalah seperti berikut:

    5: Dermabrasion

    Dermabrasion adalah salah satu rawatan paling berkesan dan biasa untuk bekas parut muka.  Kaedah ini merupakan kaedah terbaik untuk parut yang berada berhampiran dengan permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan terhadap parut yang lebih dalam.

    6: Laser 

    Seperti kaedah dermabrasion, kaedah laser resurfacing membuang lapisan atas kulit. Rawatan ini biasanya mempunyai masa penyembuhan yang lebih cepat berbanding daripada rawatan resurfacing yang lain. 

     7: Pengisi (filler)

    hilangkan bekas jerawat

    Pakar penjagaan kulit menggunakan filler untuk mengisi parut jerawat dan membantu meratakan kulit. Filler boleh dihasilkan dengan kolagen, lemak, atau filler komersial.

    Ia disuntik di bawah permukaan kulit untuk membantu menganjalkan dan melicinkan parut yang wujud. Kebanyakan filler bertahan antara 6 dan 18 bulan sebelum ia perlu dilakukan semula.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga filler yang bersifat kekal. Kaedah filler ini berkesan terhadap seseorang yang mempunyai sejumlah kecil bekas atau parut jerawat.

    8: Microneedling

    Rawatan yang terbaharu ini menggunakan roller bersaiz kecil dengan jarum kecil yang boleh digenggam. Jarum tersebut membuat tusukan pada kulit yang kebas.

    Apabila kulit sedang mengalami proses penyembuhan, ia menghasilkan kolagen.

    9: Suntikan

    Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh disuntik ke dalam parut yang terbentuk untuk membantu melembutkan dan meratakannya, termasuklah kortikosteroid dan ubat-ubatan kemoterapi fluorouracil (5-FU) dan interferon.

    Suntikan biasanya dilakukan dalam bentuk siri dengan satu suntikan untuk setiap beberapa minggu.

    10: Chemical peels

    Chemical peel adalah sejenis asid kuat yang digunakan untuk menanggalkan lapisan kulit paling atas untuk mengurangkan parut yang lebih dalam.

    Terdapat pelbagai jenis chemical peel yang ada di pasaran, oleh itu, dapatkan nasihat daripada pakar kulit yang berkelayakan berkenaan chemical peel yang paling sesuai dengan keadaan kulit anda. 

    Pilih cara hilangkan bekas jerawat bersesuaian

    Sebarang jenis rawatan atau cara menghilangkan bekas jerawat atau akne yang ingin anda ambil perlulah mengikut kesesuaian kulit anda.

    Jika anda tidak pasti mengenai keadaan atau jenis kulit anda, dapatkan nasihat dan pendapat daripada pakar penjagaan kulit atau ahli dermatologi yang berkelayakan untuk memastikan setiap langkah yang anda ambil tersebut memberikan kesan yang maksimum.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan