backup og meta

Cara Memilih Foundation yang Sesuai dengan Tona Kulit Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    Cara Memilih Foundation yang Sesuai dengan Tona Kulit Anda

    Mencari foundation atau bedak asas yang tepat untuk tona kulit anda boleh menjadi salah satu cabaran terbesar dalam hidup anda. Pergi ke mana-mana kedai kosmetik dan anda akan dibanjiri dengan ratusan tona foundation. Tona yang sedikit berbeza akan menjadikannya kelihatan seperti anda memakai topeng. Berikut adalah panduan untuk membantu anda supaya anda tidak perlu menghabiskan masa untuk mencuba semua warna.

    Langkah pertama untuk memilih foundation yang sesuai adalah dengan menentukan formula yang sesuai untuk jenis kulit anda.

    • Kulit kering: Foundation anda perlu jenis yang menghidratkan. Pilih foundation jenis cecair atau batang. Jenis serbuk juga boleh jika mengandungi bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan untuk kulit anda.
    • Kulit berminyak: cecair atau serbuk bebas minyak adalah lebih baik. Pilih yang memberikan kesan matte dan licin. Jika anda mengalami jerawat, foundation dengan asid salisilik akan menyelesaikan banyak masalah.
    • Gabungan: foundation serbuk lebih sesuai untuk anda kerana dapat disapukan dengan mudah ke semua bahagian yang anda perlukan. Sapukan lebih banyak ke zon T anda dan kurangkan pada bahagian yang tidak banyak minyak.

    Langkah seterusnya adalah mengenalpasti tona warna anda, yang mewakili warna kulit anda yang sebenar. Anda boleh mengetahui tona anda dengan melihat bahagian dalam pergelangan tangan anda. Jika vena anda adalah:

  • Biru / ungu: Anda mempunyai tona sejuk.
  • Hijau: Anda mempunyai tona hangat.
  • Sukar untuk membezakan warna: Anda mempunyai tona neutral.
  • Memandangkan anda sudah tahu tona anda, pilih foundation yang sepadan dengannya supaya kelihatan semula jadi di wajah anda. Anda boleh mengujinya dengan menyapu sedikit pada rahang anda. Sekiranya kelihatan tiada perbezaan, tahniah, anda telah menemui yang betul.

    Dengan kata lain, foundation terbaik untuk anda sepatutnya padan dengan kulit anda dengan sempurna. Jadi, jangan beli secara membuta. Pergi ke kedai dan uji foundation itu sendiri. Jalan sekitar sekejap untuk melihat kesannya di siang hari. Sekiranya anda telah membeli foundation yang tidak sesuai untuk tona kulit anda, jangan bersedih. Anda boleh mencampurkannya dengan foundation yang lebih gelap atau lebih cerah untuk mendapatkan warna yang sesuai untuk kulit anda yang unik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan