backup og meta

Malu Ketiak Bau Tengik? Ini 5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

    Malu Ketiak Bau Tengik? Ini 5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan

    Bagaimana rasanya untuk berdepan dengan individu yang mempunyai masalah bau badan seperti ketiak berbau. Adakah terdapat cara hilangkan bau ketiak? Apa pula punca bau ketiak terjadi?

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    Ketiak berbau masalah normal?

    Masalah ketiak berbau merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu.

    Situasi ketiak berbau ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang  secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.

    Walau bagaimanapun, mempunyai masalah ketiak yang berbau boleh dianggap sebagai satu keadaan yang menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan individu lain. 

    Apa punca bau ketiak dan badan berbau?

    ketiak berpeluh
    Penyebab ketiak berbau.

    Masalah badan berbau atau bromhidrosis ini merupakan satu masalah yang berlaku apabila anda melangkah ke alam akil baligh. Ia adalah kerana di dalam badan anda berlaku proses peningkatan hormon yang dipanggil androgen.

    Hormon ini tidak aktif sehinggalah anda mencapai tempoh kematangan atau akil baligh. Oleh kerana ini, masalah badan berbau jarang untuk berlaku kepada kanak-kanak

    Apa yang anda bau itu sebenarnya adalah hasil yang berlaku apabila bakteria memecahkan protein keratin yang berada pada permukaan kulit anda. Rumit dan agak menjijikkan bukan? Tetapi itulah perkara yang berlaku.

    Ketika anda melakukan apa-apa aktiviti pergerakan fizikal yang cenderung menyebabkan terhasilnya peluh, atau mungkin anda lebih banyak terdedah kepada keadaan panas mahupun cahaya matahari, badan anda akan menghasilkan peluh.

    Ia adalah untuk membantu mengawal suhu badan anda. Peluh yang ‘bertemu’ dengan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau.

    Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda. 

    Berbeza dengan individu dewasa yang mengalaminya disebabkan perubahan hormon, masalah badan berbau dihadapi oleh kanak-kanak biasanya didasari oleh masalah kesihatan atau keadaan perubatan. 

    Antara punca bau ketiak dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti:

    • Proses kematangan atau akil baligh yang cepat
    • Sindrom fish odor
    • Pemakaian pakaian dengan material yang tidak sesuai seperti sintetik
    • Mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak
    • Pengambilan diet pemakanan harian yang terdiri daripada makanan yang mengeluarkan bau seperti bawang
    • Masalah kesihatan seperti kencing manis, fenilketonuria (phenylketonuria) dan hiperhidrosis.

    Bagaimana pula cara hilangkan bau ketiak?

    Jika anda mengalami masalah bau ketiak dan dan sedang mencari cara hilangkan bau ketiak, teruskan membaca artikel ini.

    Berikut adalah beberapa petua tradisional hilangkan bau badan:

    1. Cuka epal

    Antara cara hilangkan bau ketiak adalah dengan menggunakan cuka epal. Ia pada awalnya mungkin akan mengeluarkan bau yang agak masam, tetapi cuka dipercayai cara hilangkan bau ketiak yang berkesan untuk anda. 

    Jika anda berminat untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk. Celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan ke bahagian ketiak anda. Atau cara lain, anda boleh bilas ketiak anda dengan cuka ketika mandi.

    2. Bicarbonate soda dapat menghilangkan bau ketiak selamanya

    cara hilangkan bau ketiak
    Tip hilangkan bau ketiak secara tradisional.

    Ia merupakan antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih atau kek. Tetapi ia juga merupakan antara salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak. 

    Untuk menggunakan petua ini, anda boleh mencampurkan 1 sudu jus lemon bersama 1 sudu bicarbonate soda atau serbuk penaik.

    Sapukan campurkan pes ini pada ketiak anda dan biarkan ia seketika sebelum membilasnya dengan air. Jika anda tidak mempunyai jus lemon, anda boleh menggantikannya dengan tepung jagung bersama air.

    Sekiranya anda tidak mahu menggunakan jus lemon atau tepung jagung, anda boleh terus mencampurkan serbuk penaik dengan air dan menyapunya pada ketiak selepas mandi.

    3. Serbuk sandalwood

    Ia merupakan sejenis herba yang boleh di dapati di kedai yang menjual herba. Atau jika anda bernasib baik, anda boleh mendapatkannya di pasaraya dan dijual secara pek komersial di kedai kecantikan

    Untuk menggunakan kaedah ini, anda boleh mencampurkan serbuk ini dengan air sehingga ia menjadi pes. Dan sapukan ia pada ketiak. Biarkan ia sehingga kering sebelum membilasnya dengan air bersih.

    4. Sengkuang dapat atasi punca bau ketiak

    Sengkuang dianggap sebagai makanan yang dapat menyejukkan badan anda. Tetapi ia juga merupakan satu bahan yang boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau ketiak. 

    Caranya adalah dengan mengisar halus sengkuang sehingga menjadi jus dan disapukan pada ketiak. Bahan ini dikatakan dapat menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya. Menarik bukan? Jadi tidak salah untuk mencubanya.

    5. Lemon, antara cara hilangkan bau ketiak di baju

    Lemon merupakan satu bahan semula jadi yang menawarkan pelbagai manfaat seperti membantu dalam mengurangkan berat badan. 

    Selain itu, lemon juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan bagi menghilangkan bau ketiak yang dihadapi. Anda hanya perlu menghiris lemon dan menggosoknya secara perlahan-lahan pada ketiak.

    Anda juga boleh gunakan perahan jus lemon dan disapukan kepada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon. Sapukan juga pada ketiak selepas mandi. 

    Untuk pengetahuan anda, selain dapat membantu menghilangkan bau busuk ketiak, lemon juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit yang kehitaman pada bahagian ketiak. 

    ketiak hitam semasa mengandung
    5 Cara mudah untuk mengatasi ketiak hitam semasa hamil.

    Rumusan

    Adalah penting untuk seseorang individu itu menjalani gaya hidup sihat agar kesihatan, kebersihan dan kecantikan diri sentiasa pada tahap yang baik.

    Jika anda berdepan dengan masalah bau ketiak, cubalah cara hilangkan bau ketiak di atas. Walaupun mungkin tidak dapat dibuktikan keberkesanannya, tidak ada salahnya untuk mencuba petua di atas untuk menghilangkan bau ketiak selamanya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan