Bagaimana Pengelupasan Kulit Semasa Berjerawat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Pengelupasan adalah kunci kepada kulit berseri dan sihat. Ia menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit anda. Seperti yang anda sudah tahu, jerawat muncul apabila pori anda tersumbat dengan lebihan sebum, kotoran dan sel-sel mati. Pengelupasan yang betul akan membantu membersihkan liang tersumbat, dengan itu ia mengurangkan jerawat anda.

Terdapat dua jenis pengelupasan iaitu fizikal dan kimia. Walaupun pengelupasan kimia menggunakan kimia seperti AHA dan BHA untuk membubarkan sel kulit mati, pengelupasan fizikal berfungsi dengan menggosok lapisan sel mati, menggunakan agen fizikal seperti granul (biji/butiran) gula. Oleh kerana keradangan yang disebabkan oleh jerawat, kulit anda sensitif, oleh itu memerlukan pengelupasan lembut. Elakkan pengelupasan kimia yang kuat dan pengelupasan fizikal yang menggunakan granul yang besar dan tajam.

Cara anda mengelupas juga adalah penting. Jangan terlebih mengelupaskan kulit anda. Jika anda menggunakan pengelupasan fizikal, pastikan anda tidak menggosok kulit anda terlalu meluas. Tinggalkan kawasan dengan kulit yang lebih nipis dan lebih sensitif seperti kulit di sekeliling mata anda. Selepas mengelupas, anda dinasihatkan untuk memakai beberapa pelembap dengan serta-merta untuk mengimbangi apa-apa kehilangan kelembapan semasa proses itu kerana pengelupasan boleh membebaskan kulit anda daripada minyak semulajadi. Pelembap anda harus bebas minyak dan bukan-komedogenik.

Sekiranya anda mengambil ubat seperti Accutane (isotretinoin), Retin-A (tretinoin) atau Differin (adapalene) atau ubat-ubatan lain, anda perlu berunding dengan pakar dermatologi anda sebelum menggunakan pengelupasan. Pakar dermatologi anda adalah orang yang mempunyai pengetahuan paling mendalam mengenai kulit anda. Pakar akan mengesyorkan produk yang paling sesuai untuk keadaan kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Januari 18, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan